Saat paling gembira dan bahagia bagi wanita apabila disahkan hamil. Tambahan pula jika itu anak sulung, sekali gus melengkapkan kehidupan dalam berumah tangga.
Bagi yang tidak mahu merancang kehamilan, mereka akan terus mengidamkan untuk menambah anggota keluarga menjadikan lagi sebuah keluarga besar.
Bagi wanita berkerjaya, bilakah saat paling sesuai memberitahu majikan mengenai kehamilan itu. Majikan yang tidak prihatin mungkin akan mencebik bila diberitahu anda hamil.
Mungkin ada majikan yang kurang senang apabila pekerja wanitanya mengandung kerana bimbang prestasi dan produktiviti mereka merudum, selain kemungkinan mahu menyambung cuti tanpa gaji atau berhenti kerja.
Bagi sesetengah wanita, pelbagai alahan ketika mengandung memang tidak dapat dielakkan hingga menjejaskan prestasi kerjanya, namun itu hanya bersifat sementara.
Majikan perlu prihatin
Majikan pula perlu memahami situasi itu dan tidak seharusnya menuding jari terhadap wanita mengandung dan mengamalkan diskriminasi. Majikan dan pekerja sepatutnya sama-sama memahami peruntukan perundangan yang ada berkaitan hak perkara itu.
Majikan perlu berkompromi dan bertolak ansur dengan keadaan pekerja wanita yang sarat mengandung, mungkin menukarkan sementara di bahagian tertentu jika kerjanya membabitkan aktiviti lasak, syif malam atau terdedah kepada bahan berbahaya seperti kimia, toksid atau sebagainya.
Pada masa sama, wanita perlu tahu bagaimana mewujudkan hubungan baik dengan majikan selain mengetahui maklumat tepat berkenaan kaedah pengurusan cuti bersalin.
Pekerja wanita perlu memaklumkan kepada majikan mengenai tarikh melahirkan anak. Segala urusan pejabat hendaklah dibereskan atau diserahkan kepada rakan sepanjang tempoh cuti bersalin.
Ini juga untuk memudahkan perancangan termasuk cuti bersalin, jadual temu janji antenatal atau ingin bercuti lebih awal untuk menunggu saat kelahiran bayi.
sumber dari:::http://www.bharian.com.my
''''''Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred.
for your information DRB HICOM installer for Suzuki ,Mercedes-Benz , Volkswagen and Isuzu
please copy/paste/ click share for support ...........
click link for full story
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html

No comments:
Post a Comment