Monday, September 9, 2013

Kenali Mahkamah Tuntutan Kecil


BAYANGKAN senario ini. Pada suatu petang, anda duduk 'mengeteh' dengan sahabat baik anda.

Sambil menghirup teh tarik, dia buka cerita. Katanya, dia bercadang untuk mengembangkan perniagaan yang dimilikinya, tetapi tidak cukup modal. Sahabat anda memohon pertolongan anda.

Oleh sebab anda berdua rakan rapat, anda mengambil keputusan untuk membantunya. Tetapi anda tidak punya banyak duit untuk dipinjam.

Hanya RM5,000. Dipersetujui antara anda berdua bahawa dia akan memulangkan wang tersebut dalam masa 1 tahun. Oleh kerana anda berdua rapat, anda tidak menuntut apa-apa faedah daripadanya.



1 tahun sudah berlalu. Perniagaan sahabat anda sudah berkembang. Tetapi wang anda tidak dikembalikan.

Pada mulanya, anda bersangka baik. Ah, dia lupa. Maka anda mengingatkan sahabat anda secara bersahaja. Tetapi hutang masih tidak berbayar.

2 tahun sudah berlalu. Anda tidak endahkan budi bahasa lagi. Sudah terlalu banyak alasan diberikan.
 
Padahal, sahabat anda tukar telefon bimbit seperti tukar baju. Bukannya tidak ada duit. Anda buat laporan polis, tetapi polis klasifikasi kes ini sebagai kes sivil. Suruh ambil tindakan sendiri.

Hendak disamannya sahabat anda, jumlahnya terlalu kecil. Yuran guaman sahaja sudah lebih daripada jumlah yang dituntut. Apatah lagi melalui perjalanan kes yang mungkin mengambil masa yang lama. Tidak berbaloi, jika dikira-kira. Apa anda boleh buat? Halalkan?

Sebenarnya, anda mempunyai satu pilihan untuk menuntut semula wang yang dipinjam itu. Anda boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

Apa itu Mahkamah Tuntutan Kecil?
 Ia adalah Mahkamah Majistret yang mendengar kes-kes ‘tuntutan kecil’, iaitu kes-kes yang mana jumlah yang dituntut tidak melebihi RM5,000. Dalam
Mahkamah Tuntutan Kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam, walaupun pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding dengan peguam di luar Mahkamah. Oleh itu, ketika perbicaraan sesatu pihak tidak akan mendapat kelebihan diwakili peguam. Mereka yang tidak mampu melantik peguam juga masih boleh memfailkan tuntutan.

Anda boleh dapatkan borang ‘Writ’ Mahkamah Tuntutan Kecil, iaitu Borang 198, daripada Mahkamah. Anda perlu isi borang tersebut dengan nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut, dan juga maklumat yang sama untuk defendan, pihak yang dituntut. Seterusnya, anda juga harus butirkan tuntutan anda dalam Borang 198 tersebut.

Nyatakan apa yang anda tuntut dan bagaimana tuntutan anda itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.

Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan. Bayaran fi pemfailan adalah sebanyak RM20. Bandingkan dengan kes mahkamah majistret biasa di mana fi pemfailan adalah RM100. Borang itu akan dimeterai mahkamah dan juga akan menetapkan tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu. Seterusnya, borang writ itu harus diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.

Perbicaraan akan dikendalikan oleh majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, bawalah segala dokumen yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa anda telah meminjamkan wang tersebut kepada anda.

Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa perbualan, apa yang dipersetujui, bila pinjaman dibuat dan sudah berapa lama ia tidak dibayar semula. Selepas selesai keterangan plaintif, defendan pula memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, majistret akan memberi keputusannya.

Jadi, jangan putus asa sekiranya anda mempunyai tuntutan yang kecil. Masih ada pilihan untuk anda membawa kes ke muka keadilan, walaupun anda mungkin tidak berkemampuan atau tidak berbaloi untuk melantik peguam. Hak anda masih boleh ditegakkan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

copy from:::HAK KITA




''''''Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred. 

for your information DRB HICOM installer for Suzuki ,Mercedes-Benz , Volkswagen and Isuzu

please copy/paste/ click share for support ...........

click link for full story

http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html

No comments:

Post a Comment