Tuesday, October 22, 2013

MTUC setuju akta lalai dan bodoh digubal



SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggubal satu akta bagi mendakwa individu yang lalai dan 'bodoh' dalam melaksanakan sesuatu arahan, sehingga menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian.

 
Presidennya, Khalid Atan berkata, setiap kakitangan kerajaan perlu mematuhi tanggungjawab yang diberikan kepada mereka seperti mana yang dilafazkan dalam angkat sumpah ketika ditawarkan berkhidmat untuk kerajaan.
 
Malah, setiap kakitangan kerajaan perlu menanamkan sikap amanah ketika menjalankan tugas masing-masing.
 
"Apabila seseorang kakitangan kerajaan dilantik dan diterima berkhidmat dengan kerajaan, mereka perlu mengangkat sumpah. Dalam konteks ini, apabila kita dah buat satu akujanji untuk memegang amanah, kita kena bersikap amanah. Kita mesti ada sikap pandai urus dan kawal diri kita, supaya setiap tugasan itu mesti selaras dengan akujanji yang kita buat. Jika ia dapat ditanamkan dalam setiap individu, takkan berlaku hal sebegini.
 
"Apabila ada saranan untuk mewujudkan satu akta untuk mengawal penyelewengan, salahguna kuasa atau salah pentadbiran, itu mungkin satu langkah yang baik, dalam tujuan mengawal dan memberi peringatan kepada setiap kakitangan supaya tidak terkeluar dalam skop tanggungjawab sebenar mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Khalid diminta mengulas cadangan SPRM untuk menggubal akta baharu bersabit kesalahan tersebut, setelah tiadanya undang-undang di negara ini untuk membolehkan seseorang dituduh seterusnya menyebabkan mereka seringkali terlepas dari hukuman.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim semasa dijemput menjadi panel Wacana Sinar dalam membincangkan topik 'Laporan Audit: Ketirisan atau Terlepas Pandang' baru-baru ini, turut mengambil contoh beberapa negara maju yang menggunapakai akta sedemikian kepada mereka yang didakwa.
 
Mengulas lanjut, Khalid berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya mengambil langkah awal dalam menyiasat segala penyelewengan, salahguna kuasa dan pentadbiran yang dikaitkan dengan kakitangan awam.
 
"Tanggungjawab pentadbiran perlu dilihat bagaimana (dijalankan). Dalam konteks ini, kerajaan ada JPA. Pekerja swasta terikat dengan akta yang lain dan sudah termaktub. Dalam konteks pekerja kerajaan, JPA boleh menjalankan siasatan. JPA ada kuasa. Kalau kita buat begitu dan dapati siapa yang bersalah, kita boleh lakukan hukuman setimpal dan tak perlu akta," demikian menurut beliau.
 
Pembangkang sebaliknya tidak memandang penggubalan akta baharu itu sebagai satu keperluan dengan menyatakan SPRM perlu memperkemaskan beberapa akta di dalam badan berkenaan selain meletakkan peruntukkan khas supaya tindakan terhadap isu berkenaan dapat ditangani.
 
Khalid bagaimanapun bersetuju dengan pandangan tersebut dengan mempersoalkan tahap keberkesanan sesuatu akta baharu jika sebarang isu ditimbulkan.
 
"Bila kita dah ada undang-undang sedia ada yang boleh dipakai, mengapa tidak digunakan? Kalau kita asyik perkenalkan undnag-undang atau akta baru bila apa-apa terjadi, persoalannya berapa tahap keberkesanannya? Sebab kita bukan gubal setiap kali perkara berlaku. Saya rasa undang-undang dalam negara dah cukup untuk digunapakai," jelasnya.
 
Pendedahan yang dibuat melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012 mencetuskan perdebatan dan rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak kerana menganggap kementerian dan agensi-agensi kerajaan lalai dalam menguruskan sumber kewangan yang diperuntukkan.


sumber :::http://antarapos.com

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
''''''Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB
 Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred. 

for your information DRB HICOM installer for Suzuki ,Mercedes-Benz , Volkswagen and Isuzu

please copy/paste/ click share for support ...........

click link for full story

http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html

No comments:

Post a Comment