Monday, November 11, 2013

MALAYSIA:::SBM minta kerajaan pertimbang naikkan elaun pekerja cacat

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) hari ini meminta kerajaan menimbang cadangannya supaya Elaun Pekerja Cacat (EPC) dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 sebulan. 


Presidennya, Mohammed Nazari Othman berkata elaun sedia ada sudah tidak sesuai berikutan kos sara hidup semakin meningkat. 



"Sebagai mewakili golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) penglihatan, saya berharap kerajaan dapat menaikkan EPC kepada RM500," katanya kepada Bernama sebelum majlis Anugerah Cemerlang Pelajar OKU Penglihatan peringkat kebangsaan di sini, hari ini. 


EPC diberikan secara bulanan kepada OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bekerja dan mempunyai pendapatan RM1,200 dan ke bawah. 

Mohammed Nazari juga meminta kerajaan menaikkan kadar maksimum pendapatan daripada RM1,200 ke RM3,000 untuk melayakkan OKU mendapatkan EPC. 

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan mempertimbang cadangan SBM supaya mewujudkan Elaun Sara Hidup OKU sebanyak RM500 sebulan kerana kira-kira 90 peratus OKU tidak berkemampuan dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan. 

"OKU mempunyai kecacatan kekal dan mempunyai kekangan besar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik," katanya. 
Pada majlis itu, tiga pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diberi penghargaan berbentuk wang tunai dan sijil. 

Selain itu, 10 pemenang Pertandingan Penulisan Artikel Peringkat Kebangsaan 2013 sempena ulang tahun ke-50 SBM turut menerima hadiah masing-masing pada majlis itu. 

- BERNAMA

sumber:::http://www.bharian.com.my
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
''''''Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB
 Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred. 

for your information DRB HICOM installer for Suzuki ,Mercedes-Benz , Volkswagen and Isuzu

please copy/paste/ click share for support ...........

click link for full story

http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/08/press-release-press-report-for-drb.html

No comments:

Post a Comment