Friday, December 27, 2013

MALAYSIA:::MTUC seeks RM300 cola for 10 million workers / MTUC SARAN ELAUN SARA HIDUP RM300 SEBULAN BAGI 10 JUTA PEKERJA SWASTA

 

PETALING JAYA, Dec 27 (Bernama) -- The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) today proposed a RM300 per month cost of living allowance (COLA) for all the 10 million private sector workers in view of the escalating cost of living.


Its President, Khalid Atan, told bernama that it was essential for the government to introduce the regulation on COLA because almost five million private sector workers were now earning just about RM30 above the poverty line of RM870 per month.

At present the minimum wage for workers in peninsular Malaysia is RM900 and for those in Sabah and Sarawak it is RM800.

Khalid said MTUC was working out strategies to help ease the workers' burden.

In the interim period, he suggested that companies should assist by providing subsidised food and lodging for their workers.

In turn, he said the workers would help the companies to increase productivity thus making it a win win situation.

Khalid said the congress was concerned about the immediate impact of the increased transportation, food and schooling cost particularly on workers in the lower income group.

He assured that MTUC, being a responsible workers organisation, would not go to the streets to demand for its rights, but would prefer peaceful negotiations.

source:::http://www.bernama.com

PETALING JAYA, 27 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
hari ini mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10
juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan
untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana
hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30
sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.
Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi
pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.
Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan
beban pekerja.
Dalam tempoh sementara ini beliau mencadangkan agar syarikat membantu
menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja, dan pekerja pula akan
membantu syarikat meningkatkan produktiviti, untuk menjadikan situasi
menang-menang.
Khalid berkata MTUC amat bimbang tentang kesan serta-merta peningkatan kos
pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja
berpendapatan rendah.
Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang
bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan menuntut hak mereka,
tetapi lebih suka kepada rundingan aman.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment