Thursday, December 26, 2013

MALAYSIA:::Pasukan baru MTUC akan laksana strategi baru

 
Langkah yang lebih bersepadu dan berselaras bagi memperjuangkan hak pekerja akan menjadi keutamaan dalam urusan pasukan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang baru dipilih.
Presiden yang dipilih semula, Khalid Atan memberitahu Bernama hari ini bahawa tim barunya yang mengandungi bakat yang pelbagai akan melaksanakan pendekatan dan strategi baru berasaskan penyelidikan dan fakta demi memeterai hubungan baru dengan industri dan kerajaan.

Antara mereka yang dipilih bersama beliau pada persidangan perwakilan yang berakhir baru-baru ini ialah timbalannya Abdullah Sani yang juga MP Kuala Langat, setiausaha agung N.Gopalakrishnam dan setiausaha kewangan Awang Ebrahim.
"Kami amat prihatin dengan kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini dan kenaikan kadar elektrik, tambang bas sekolah dan kadar tol yang bakal berlaku.
"Kami tahu majoriti pekerja yang dalam kumpulan berpendapatan rendah paling teruk terjejas dan kami mahu kerajaan menyediakan langkah keselamatan untuk mereka," kata beliau.
Khalid berkata kongres menghadapi tugas berat untuk mendapatkan persetujuan kerajaan bagi menghapus dan meminda beberapa peraturan dan undang-undang yang menggendali pekerja. 
Beliau juga menghulur tangan persahabatan kepada kedua-dua kerajaan dan majikan untuk bekerja dengan tim beliau bagi membina sebuah negara bersatu dan makmur. 
sumber::: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment