Thursday, January 16, 2014

MALAYSIA:::Bukan penyelesaian kurang beban rakyat

  • Bukan penyelesaian kurang beban rakyatPPIM berpandangan kaedah terbaik tangani kenaikan harga barang ialah dengan mewujudkan kerjasama yang bersepadu antara kementerian.-Gambar hiasan
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup bukan penyelesaian mengurangkan beban rakyat, sebaliknya membuktikan kerajaan tiada perancangan sebelum melaksanakan sesuatu perkara.


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan dasarnya sebagai uji kaji yang akhirnya tidak membawakan apa-apa manfaat sama ada untuk rakyat mahupun negara.

“Bila tubuh jawatankuasa ini seperti kerajaan ini ahli bomba, bila ada kebakaran kita akan padam, dan perkara itu berulang-ulang tanpa ada penyelesaian yang baik.

“Apa guna kerajaan yang yang mempunyai begitu ramai menteri kabinet sehinggakan terpaksa menubuhkan jawatankuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, kaedah terbaik bagi menangani kenaikan harga barang bukan dengan tubuhnya jawatan kuasa, tetapi perlu bermula dengan kerjasama antara kementerian.

“Contohnya Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu bergandingan antara satu sama lain mencari kaedah terbaik mengurangkan bebanan kenaikan harga.

“Jika kerjasama ini berlaku saya yakin tidak timbul isu kenaikan harga kerana ia dipantau dan diberi perhatian khusus terus daripada kementerian,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan tidak sepatutnya membelakangkan rakyat setiap kali melakukan rombakan dasar yang melibatkan kenaikan kos taraf hidup mereka.

“Rakyat sekarang sangat kecewa dengan kerajaan, kita juga meragui sejauh mana keberkesanan jawatankuasa yang ditubuhkan ini dapat membantu rakyat.

“Kerajaan perlu turun padang mendapatkan maklum balas rakyat. Sekurang-kurangnya suara mereka tidak dipinggirkan,” katanya

No comments:

Post a Comment