Thursday, January 2, 2014

MALAYSIA:::Kuasa membeli pengguna berkurangan

  • Prof Dr Shazali Abu Mansor Prof Shazali
SHAH ALAM – Ekonomi negara dijangka mencapai pertumbuhan lima peratus tahun ini.

Penganalisis ekonomi, Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, bagaimanapun sumbangan isi rumah kepada pertumbuhan ekonomi akan berkurangan berikutan peningkatan inflasi yang menjejaskan kuasa membeli pengguna.

“Pengurangan subsidi minyak dan kenaikan tarif elektrik antara yang menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi. Kadar inflasi yang meningkat pula akan memberi kesan kepada pengurangan keupayaan berbelanja pengguna.

“Jika dulu, isi rumah antara faktor terbesar pertumbuhan ekonomi. Tetapi, tahun ini sumbangan itu dijangka berkurangan sedikit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
sumber:::http://www.sinarharian.com.my
KEKALKAN NO TEL LAMA ANDA DAN DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN PERCUMA BERNILAI RM 100 000

No comments:

Post a Comment