Wednesday, January 8, 2014

MALAYSIA:::Semak gaji minima dua tahun sekali tak masuk akal


abdullahsani400pxKUALA LUMPUR 7 JAN: Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdullah Sani berkata, semakan gaji minima sekali dalam masa dua tahun oleh Kementerian Sumber Manusia tidak masuk akal.
“Kalau macam itu, kerajaan juga tak boleh naikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan untuk dua tahun.
“Apa relevannya cadangan ini? Kerajaan sendiri tak beri jaminan harga barang tidak akan naik dalam tempoh dua tahun,” kata Abdullah Sani.

Kerajaan pada 2012 menetapkan gaji minima pekerja swasta RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Perintah Gaji Minima 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Jan 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun.
Namun ia ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda sehingga 31 Dissember 2013.
Menurut Abdullah, lebih 50 peratus guna tenaga kerja di Malaysia terdiri dari pekerja sektor swasta, malah ada di antara mereka yang masih berpendapatan hanya sekadar melepasi paras garis kemiskinan dengan pendapatan RM870 sebulan.
“Jadi, cadangan KSM untuk semakan gaji minima setiap dua tahun tak masuk akal.
“Kerajaan mesti terima cadang Majlis Perundingan Gaji Negara untuk membuat semakan gaji minima bagi setiap enam bulan,” tegas Abdullah

No comments:

Post a Comment