Sunday, January 26, 2014

MALAYSIA:::Setuju cuti bersalin lebih, bayi dua bulan kurang sesuai ke pusat jagaan - Pakar

Setuju cuti bersalin lebih, bayi dua bulan kurang sesuai ke pusat jagaan - Pakar
Sebahagian ibu dan jururawat bergambar bersama anak mereka yang selamat dilahirkan pada tarikh 1 Januari 2014 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). --foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menghantar bayi kurang dari tiga bulan ke pusat jagaan adalah kurang sesuai kerana bayi seawal itu masih belum stabil, kata Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita, dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Namun Prof. Noor Aziah berpendapat sebaiknya si ibu duduk di rumah menjaga anak, namun faktor ekonomi sekarang kebanyakan keluarga muda khususnya memerlukan suami isteri keluar bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

“Komprominya dalam hal ini adalah, sekiranya syarikat dapat menyediakan pusat jagaan di tempat kerja agar ibu dapat menyusukan anak sehingga dua tahun” katanya.

Bagi Prof  Noor Aziah, pusat jagaan bayi harus dikendalikan oleh golongan profesional iaitu pakar kanak-kanak dan mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang penjagaan kanak-kanak seperti yang di buat di luar negara.

Menurut Prof  Noor Aziah dalam masa dua bulan selepas bersalin adalah masa yang paling penting untuk ibu dan anak membentuk hubungan yang akrab.

Dalam proses berpantang juga, si ibu perlu menyesuaikan diri dengan beberapa perkara baru ditambah pula dengan rehat yang tidak cukup.

“Cuti bersalin juga merupakan proses memulihsemula badan, perasaan trauma semasa bersalin dan pada masa yang sama berjaga malam untuk menjaga anak.

“Maka penting si ibu diberi peluang untuk berehat dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu” katanya lagi.

Prof Noor Aziah turut berkata naluri keibuan tidak datang semula jadi kepada semua ibu, jadi sangat penting si ibu diberi masa sekurang-kurangnya 90 hari.

Prof  Noor Aziah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia YADIM, turut berkempen agar cuti bersalin diberikan lebih dan menggalakkan penglibatan syarikat swasta dalam menyokong polisi kerajaan cuti 90 hari.

“Semasa kami membuat kempen cuti bersalin 90 hari, kami mengharapkan pihak swasta menyokong cuti 90 hari agar dapat si ibu menyusukan anak dengan baik dan mengeratkan hubungan yang baru terjalin”

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pengerusi Pembangunan Sosial IKRAM berkata cuti bersalin perlu diberikan lebih 60 hari kerana ada kepentingannya sendiri terutama kepada kepada si ibu dan anak.

“Amat wajar cuti bersalin diberikan lebih kepada 60 hari, ini kerana dalam proses sosiologi si ibu mengambil masa 6 minggu untuk kembali kepada mental dan fizikal sama seperti sebelum mengandung.

“Peliknya perspektif ini tidak diberi perhatian tetapi pandangan majikan yang diambil kira” katanya lagi.

Selain itu,menurut surveyyang dijalankan Astro AWANI lebih dari 66% menyokong agar cuti bersalin diberikan lebih 90 hari.

Beberapa perbandingan antaracuti bersalin di luar negara  juga mendapati negara kita di antara yang memberikan cuti bersalin paling singkat.

Manakalabeberapa kaum ibu dan bapa yang kami hubungiturut memberi pandangan mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment