Thursday, January 16, 2014

MALAYSIA>>Tindakan Terhadap Majikan Gagal Laksana Pembayaran Gaji Minimum


PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang masih gagal melaksanakan perintah gaji minimum 2012, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib.


Katanya kerajaan telah memberi penangguhan pelaksanaan itu kepada majikan selama setahun bagi memberi mereka masa untuk menstruktur semula operasi.

"Sehingga akhir tahun lepas sebanyak 1,044 majikan memohon penangguhan gaji minimum terbabit supaya mereka dapat lihat balik struktur perniagaan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu Khamis.

Menurut beliau, Jabatan Tenaga Kerja akan memantau dan mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal mematuhi perintah gaji minimum swasta iaitu sebanyak RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak.

"Setakat dua minggu pertama tahun ini sahaja sebanyak tiga kes siasatan disediakan bagi tujuan pendakwaan terhadap majikan di Selangor yang didapati gagal mematuhi perintah gaji minimum itu," katanya.

Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan dalam tindakan pendakwaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

"Adalah diingatkan kepada semua majikan supaya memastikan pelaksanaan gaji minimum dipatuhi bagi mengelak sebarang tindakan diambil memandangkan bermula 1 Jan gerakan penguatkuasaan akan diadakan secara intensif dan menyeluruh di seluruh Malaysia," katanya.

Katanya semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015.


sumber:::http://www.bernama

HANYA DENGAN MENUBUHKAN KESATUAN SUARA PEKERJA AKAN DIDENGAR OLEH MAJIKAN - TANPA KESATUAN 
SEBAGAI SUARA RASMI PEKERJA MAJIKAN BOLEH BUAT APA SAJA.

ADAKAH MAJIKAN PERLU TAHU HASRAT PEKERJA UNTUK MENUBUHKAN UNION?

Tidak... semasa proses mendapatkan ahli di dalam tempat kerja anda, majikan tidak perlu tahu, dan pekerja juga tidak perlu mendapat kebenaran majikan untuk menubuhkan UNION. 

CLICK LINK DIBAWAH 
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/01/bagaimana-menubuhkan-union-kesatuan.html

No comments:

Post a Comment