Tuesday, February 4, 2014

MALAYSIA:::Ekonomi diunjur 5.5 peratus


Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar 5.5 peratus bersandarkan kepada jangkaan langkah pengukuhan fiskal dapat mengawal bajet defisit dan persekitaran moneteri ketat, terutamanya pada peringkat domestik, demikian menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).


Bagaimanapun katanya, permintaan luaran dijangka menyediakan sokongan pertumbuhan kukuh, terutama dengan kerancakan pengembangan ekonomi global, sungguhpun risiko global tetap ada.

termasuk risiko yang muncul daripada ketidaktentuan aliran modal dan deflasi dalam ekonomi maju utama, khususnya negara yang mana inflasi berada di bawah sasaran bank pusat,” demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan MIER. 



Bagaimanapun, MIER mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar bagi 2015 kembali mengukuh antara 5.5 peratus dan 6 peratus.

Pengukuhan itu disandarkan kepada keberkesanan dan inovasi ekonomi, terutama jangkaan peningkatan persaingan dalam kedua-dua pasaran produk dan perkhidmatan, kurangnya kekeliruan dan ketidaksempurnaan pasaran, keanjalan pasaran buruh lebih tinggi dan peningkatan produktiviti serta peruntukan sumber sukar diperoleh secara lebih berkesan.

Unjuran itu turut mengambil kira kemungkinan impak positif daripada pelbagai program kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

“Bagaimanapun, pencapaian di bawah komitmen berkenaan memerlukan tekad politik yang kuat di pihak kerajaan, menyelesaikan bukan saja isu politiko-ekonomi, tetapi juga memperbetulkan perkara emosi seperti hubungan agama dan etnik, persepsi rasuah dan salah urus,” katanya. 

Peningkatan kos
Secara keseluruhan, rakyat Malaysia boleh menjangkakan 2014 menjadi tahun mencabar yang mana bukan saja berhadapan kos sara hidup yang meningkat dan kemerosotan standard kehidupan, tetapi juga kos ekonomi lain termasuk kos kebajikan yang timbul daripada peningkatan pengangguran, kawalan persekitaran kredit serta aktiviti ekonomi sebenar yang semakin perlahan.

Bagaimanapun, menurut MIER penyelarasan struktural fiskal sekiranya dilaksanakan dengan betul, sungguhpun tidak popular, akan menghasilkan manfaat dalam jangka sederhana dan panjang. Ini membantu menambah baik kesejahteraan generasi masa depan.

Sehubungan itu, MIER berpendapat menjadi kewajipan pentadbiran sekarang mengambil tindakan pembetulan fiskal, tanpa berlengah bagi mengelak bertambahnya isu fiskal yang akan menyebabkannya semakin sukar diperbetulkan, sebagaimana yang berlaku di zon Euro.

Dengan proses pengukuhan fiskal kini jelas berlangsung dan penyelarasan struktural fiskal sedang dilaksanakan, dasar monetari perlu menjadi fokus dengan tumpuan kepada langkah penstabilan jangka pendek, seperti menangani jangkaan kenaikan kadar inflasi, kejatuhan dan naik turun terlalu ketara nilai ringgit, menyahstabilkan aliran modal, memastikan kecairan sistem perbankan 
domestik mencukupi, dan mengelakkan potensi kekurangan tunai dan ketidakstabilan kewangan, kata laporan itu.
sumber::http://www.bharian.com.my


BAGAIMANA MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA DI TEMPAT KERJA ANDA >>
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/01/bagaimana-menubuhkan-union-kesatuan.html — 

No comments:

Post a Comment