Sunday, February 16, 2014

MALAYSIA:::EPF declares biggest ever dividend payout of RM31.2bil

KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund (EPF) today declared a dividend rate of 6.35 per cent for the financial year ending Dec 31 2013, representing the biggest ever dividend payout of RM31.2 billion to its members, up 13.66 per cent over the RM27.45 billion paid in 2012.

In a statement, EPF Chairman Tan Sri Samsudin Osman said thanks to the fund’s robust yet prudent investment strategies, its performance has been consistently stable, especially in the past five years. 
 
“Over the years, we have been diversifying our portfolio, thereby spreading out the scope of our assets to manage market risks and generate consistent returns,” he said.
 
Samsudin said since the global financial crisis in 2008, EPF has declared compounded dividends of more than RM120 billion for its members. 
 
Including the net annual contributions, its investment asset size had recorded a strong rise; from RM342.01 billion in 2008 to RM586.66 billion at the end of 2013.
 
He said the dividend rate was declared on the back of a record gross investment income of RM35 billion, a 12.81 per cent rise from the RM31.02 billion gross investment income recorded in 2012.
 
The 2013 dividend payout was derived after deducting the net impairment allowance on financial assets, investment expenses, operating expenditures, statutory charges as well as dividend on withdrawals.
 
Samsudin noted that as the EPF membership rose to more than 13 million, a total of RM4.91 billion was required to pay every one per cent dividend rate for 2013. 
 
This was 10.06 per cent higher compared with RM4.46 billion paid for every one per cent dividend rate for 2012. 
 
“The amount needed to pay a one per cent dividend would continue to grow between eight and nine per cent annually,” he said.
 
Samsudin said the investment performance has led the EPF to achieve an annual return on investment (ROI) of 6.97 per cent, a rise of 10 basis points from 2012. 
 
“This is a manifestation of our sound investment principles and diversified portfolio across different markets and sectors,” he said.
 
Equities emerged as the largest contributor to the EPF’s gross investment income in 2013, generating RM19.52 billion of income, a significant increase of 40.39 per cent compared with RM13.90 billion recorded in 2012. 
 
EPF’s equities portfolio generated double digit realised returns, exceeding the performance of other similar funds.
 
Loans and Bonds recorded RM7.53 billion of income, a lower amount compared with the previous year, in the absence of significant one-off transactions which had contributed a large portion of returns to the asset class in 2012. 
 
Real Estate and Infrastructure continued to show encouraging performance in 2013, earning RM1.14 billion, a jump of 87.91 per cent over RM606.05 million in 2012. 
 
The year under review also witnessed the investments in Malaysian Government Securities and Equivalents continue to be a key income contributor, achieving an income of RM6.19 billion, while Money Market Instruments recorded RM627.86 million.
 
The 2013 dividend can be viewed on the EPF’s Facebook page at Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Twitter at KWSPBuzz and on YouTube.
 
EPF account statement for the crediting of the 2013 dividend is now available online via i-Akaun at myEPF website (www.kwsp.gov.my). 
 
Alternatively, members can obtain their EPF account statement from EPF Kiosks or any nearest EPF branch, starting tomorrow.

source:::http://www.nst.com.my


KWSP Isytihar Dividen 6.35% Untuk 2013
Pendapatan Kasar Catat Rekod RM35 Bilion
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66 peratus daripada RM27.45 bilion pada 2012.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun yang lepas. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten.
 
Sejak krisis kewangan global 2008, KWSP telah mengisytiharkan dividen dikompaun melebihi RM120 bilion kepada ahlinya. Saiz aset pelaburan KWSP termasuk caruman tahunan bersih telah mencatatkan peningkatan kukuh; daripada RM342.01 bilion pada 2008 kepada RM586.66 bilion pada penghujung tahun 2013.” (Rujuk Jadual 1)
 
Kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM35.00 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.02 bilion yang dicatatkan pada 2012 (Rujuk Jadual 2). Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran.
 
Dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih daripada 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013 (Rujuk Carta 2). Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012. Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun.
 
“Prestasi pelaburan ini telah membolehkan KWSP memperoleh 6.97 peratus pulangan pelaburan tahunan (ROI), meningkat 10 mata asas daripada 2012. Ini adalah manifestasi prinsip pelaburan KWSP yang kukuh dan hasil daripada mempelbagaikan portfolio merentasi pasaran dan sektor yang berbeza,” kata Tan Sri Samsudin.
 
Ekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP pada 2013, menjana RM19.52 bilion pendapatan, peningkatan ketara sebanyak 40.39 peratus berbanding RM13.90 bilion dicatatkan pada 2012. Portfolio ekuiti KWSP menjana pulangan nyata dua angka, mengatasi prestasi dana lain yang sama.
 
“Prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti telah disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi. Ini berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-13. Kecairan yang didorong oleh pergerakan pasaran membolehkan KWSP mengambil keuntungan modal yang besar. Persekitaran ekuiti global juga menunjukkan peningkatan di mana kebanyakan indeks global mengatasi tahap sebelum krisis 2008,” kata Tan Sri Samsudin.
 
Pinjaman dan Bon mencatatkan pendapatan sebanyak RM7.53 bilion, lebih rendah berbanding dengan tahun sebelumnya kerana ketiadaan transaksi besar secara one-off yang memberikan pulangan ketara seperti tahun 2012. Pulangan yang lebih rendah ini juga menggambarkan kadar faedah rendah berpanjangan di peringkat global dan pelaburan yang telah matang dilaburkan semula pada kadar yang lebih rendah.
 
Hartanah dan Infrastruktur terus menunjukkan prestasi menggalakkan pada 2013 memperoleh pendapatan RM1.14 bilion, melonjak 87.91 peratus berbanding RM606.05 juta pada 2012. Pada tahun yang dikaji ini juga menyaksikan pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf terus menjadi penyumbang penting pendapatan, memperoleh sebanyak RM6.19 bilion dan Instrumen Pasaran Wang mencatatkan sebanyak RM627.86 juta.
 
“Pencapaian KWSP mencerminkan keberkesanan sebuah dana yang seimbang dan pelbagai. Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat baik untuk pelaburan ekuiti manakala portfolio pendapatan tetap menunjukkan prestasi lebih baik pada tahun sebelumnya. Dengan mempunyai pelbagai portfolio di banyak pasaran, KWSP boleh mengambil peluang apabila tiba masanya dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko keseluruhan pelaburannya.
 
Bagaimanapun, KWSP kekal berhati-hati untuk tahun akan datang disebabkan kadar faedah yang tidak menentu berkemungkinan memberikan kesan kepada pendapatannya kerana sebahagian besar dana KWSP dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap berisiko rendah. Selain itu, KWSP menjangkakan turun naik yang ketara dalam pasaran baru muncul disebabkan kekurangan kecairan secara global,” tambah Tan Sri Samsudin.
 
Jumlah pendedahan KWSP di luar negara ialah 20.97 peratus daripada jumlah aset pelaburan berdasarkan nilai buku setakat akhir Disember 2013, meningkat daripada 16.98 peratus pada tahun sebelumnya. Pada tahun yang dikaji, KWSP telah menyumber luar USD2.20 bilion kepada pengurus dana luaran untuk mandat ekuiti global manakala RM2.25 bilion dan RM850 juta masing-masing telah disuntik ke mandat pendapatan tetap dan ekuiti domestik.
 
“Menguruskan dana besar merupakan satu cabaran hebat yang memerlukan KWSP melaksanakan program diversifikasi yang dinamik. Untuk menjamin pulangan stabil dalam jangka panjang dan menguruskan risiko, KWSP terus mengembangkan pelaburan luar negara dan memperluaskan penyumber luaran pengurusan aset. Kejayaan strategi ini ditunjukkan pada setengah tahun kedua 2013 dengan keuntungan dari pasaran maju telah mengimbangi kelemahan dalam pasaran baru muncul. 
 
Di sebalik kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan kewangan, KWSP tetap  teguh dan pencapaiannya adalah bukti usaha dan inisiatif berterusan Pengurusan KWSP untuk mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang,” kata Tan Sri Samsudin.

No comments:

Post a Comment