Monday, March 3, 2014

MALAYSIA::961 aduan majikan gagal bayar gaji minimum - Riot:


KUALA LUMPUR: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menerima 961 aduan berhubung kegagalan majikan melaksanakan pembayaran gaji minimum di seluruh negara sehingga Disember lepas. 


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 290 kes diselesaikan secara persetujuan di antara majikan dan pekerja, 622 kes masih dalam siasatan akhir dan 49 kes dirujuk ke Mahkamah Buruh. 


"Pekerja yang masih tidak dibayar gaji minimum dinasihatkan tampil ke JTK berhampiran untuk memfailkan tuntutan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 



Riot berkata tindakan pendakwaan terhadap majikan yang gagal membayar gaji minimum hanya diambil sebagai jalan terakhir setelah semua langkah lain seperti amaran tidak diendahkan majikan itu. 

"Semua kes pendakwaan di mahkamah hanya dilaksanakan setelah mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya. 

Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan dalam tindakan pendakwaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun. 

Semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015. Sementara itu di KOTA KINABALU, Riot berkata Kementerian Sumber Manusia mengalu-alukan majikan dan pekerja untuk memberi cadangan sehingga penghujung April ini bagi meningkatkan pelaksanaan gaji minimum itu. 

Beliau berkata kerajaan serius melaksanakan gaji minimum bagi memberi situasi menang-menang kepada majikan dan pekerja bagi menambah baik pelaksanaan itu. 
"Oleh kerana perintah gaji minimum disemak setiap dua tahun, saya menggesa majikan dan pekerja memberi makluman balas serta pandangan kepada Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara selewat-lewatnya 30 April ini," katanya dalam sidang media sempena merasmikan Klinik Gaji Minimum Peringkat Sabah hari ini. 

Beliau berkata kementerian berpendapat masih awal untuk mengambil sebarang tindakan kerana perintah gaji minimum RM800 di Sabah dan Sarawak serta RM900 di Semenanjung mula dilaksanakan Januari lepas. 

"Kementerian tidak akan mengambil tindakan sehingga semakan semula pada Julai ini," katanya sambil menegaskan pelaksanaan gaji minimum dapat membantu menambahkan kemahiran dan produktiviti pekerja dalam pelbagai sektor. 

Kementerian Sumber Manusia melaksanakan beberapa program di 32 Institut Latihan Perindustrian (ILP) termasuk Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia bagi memastikan produktiviti pekerja meningkat dalam jangka masa yang panjang. 

Pekerja mahir yang tidak mempunyai sijil kemahiran akan diberi sijil "Recognition of Prior Learning" (RPL), yang dijangka dilaksanakan tahun ini, dengan kerjasama empat kolej dari Scotland, Wales, Ireland dan Woodlan. 

Mengenai program kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Riot berkata klinik itu bertujuan membantu majikan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) melaksanakan gaji minimum dengan jayanya. 

"Mengikut Jabatan Perangkaan, kira-kira 645,000 atau 97 peratus perniagaan di negara ini adalah terdiri daripada perniagaan IKS dan daripada jumlah itu 40,884 atau 6.1 peratus IKS adalah di Sabah," katanya. - BERNAMA
sumber:::http://www.bharian.com.my

DAN TAHUKAN ANDA PROSES MENUBUHKAN KESATUAN BEGITU MUDAH???
BAGAIMANA MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA DI TEMPAT KERJA ANDA >
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/01/bagaimana-menubuhkan-union-kesatuan.html


Four MAS flight attendants sacked for taking part in rally-

PRESS RELEASE - NUFAM - Union Busting

http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2014/02/malaysia-press-conference-nufam-union.html

Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred.

No comments:

Post a Comment