Wednesday, March 26, 2014

MH 370 >>>MAS CEO's head must roll, says union / Kesatuan mahu CEO MAS letak jawatan

The National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam) has called for the resignation of Malaysia Airlines chief executive officer Ahmad Jauhari Yahya following the prolonged MH370 disaster.
Nufam, which has long been at loggerheads with Ahmad Jauhari over  workers' issues, said that the latter's resignation could restore public confidence in the airline.

"(Nufam) believes it is the right thing to do now as this even has brought tremendous impact on the aviation industry in this country...

"Since the Flight 370 tragedy (happened) under his watch, it is rightful for him to step aside and allow someone else to take over his position," Nufam said in a statement.

It said that Ahmad Jauhari must also step down following two other incidents involving MAS flights - the incident in Kathmandu, where a flight  was hit by flying ducks and in Hong Kong, where a flight en route Seoul had to divert to due to generator failure.

It added that airline staff has also "lost confidence" in the way Ahmad Jauhari has handled the crisis which entered its 19th day today.

Following the Hong Kong incident, Nufam also released a statement urging MAS to ensure stringent safety checks on its aircraft, citing cabin crew concerns.



The union has been at odds with the management prior to the crisis, with its president and several office bearers sacked or suspended following criticisms against MAS.

source:::http://www.malaysiakini.com

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menuntut ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Datuk Ahmad Jauhari Yahaya meletak jawatan atas kes kehilangan MH370 yang masih berlarutan.

Nufam, yang sering bertelingkah dengan Ahmad Jauhari berhubung isu pekerja, yakin bahawa peletakan jawatan CEO tersebut akan memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada syarikat penerbangan tersebut.

"(Nufam) percaya ini adalah tindakan sepatunya pada masa ini kerana kejadian ini turut membawa impak besar kepada industri penerbangan di negara ini.

"Sejak tragedi penerbangan MH370 (berlaku) sebaiknya beliau berundur dan memberi ruangkepada orang lain untuk mengambil alih kedudukannya,” kenyataan Nufam dipetik.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Jauhari juga perlu meletak jawatan atas dua lagi kejadian melibatkan penerbangan MAS.

Ia merujuk kepada kes pesawat dilanggar sekawan burung di Kathmandu dan juga kes kegagalan generator elektrik dalam satu pesawat yang melakukan penerbangan Seoul.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan syarikat penerbangan tersebut juga “hilang keyakinan” ke atas tindakan Ahmad Jauhari dalam menangani krisis MH370, yang masuk hari ke-19 hari ini.

Ahmad Jauhari semalam ketika diminta diajukan soalan sekiranya akan meletak jawatan berkata isu tersebut hanya akan dilihat selepas ini kerana pencarian penerbangan MH370 masih diteruskan

Jauhari berkata demikian ketika ditanya mengenai sentimen ke atas syarikat penerbangan tersebut, terutama oleh penumpang China dalam penerbangan MH370.

"Adakah saya akan letak jawatan, itu keputusan peribadi, kita akan (bincang) kemudian,” katanya.

Nufam sebelum ini mengeluarkan kenyataan menggesa MAS memaastikan pemeriksaan keselamatan yang ketat dalam penerbangannya, dan membangkitkan kebimbangan ke atas anak kapal kabin.

Kesatuan itu sering bertelagah dengan pihak pentadbiran MAS sehingga menyebabkan presiden dan beberapa anggota jawatankuasanya dikenakan tindakan atas kritikan ke atas syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment