Monday, May 19, 2014

MALAYSIA:::Union slams MAS for abandoning MH370 families / Nufam kecam MAS abaikan kebajikan waris anak kapal MH370

The flight attendants' union says that it is within the families' right to seek legal advice and MAS should not be penalising them.
mh370 familiesPETALING JAYA: National Union of Flight Attendants (Nufam) said it is irresponsible of Malaysia Airlines to abandon the families of MH370 crew members just because they spoke to their lawyers.
Its president, Ismail Nasaruddin, said MAS must safeguard the rights of the family members until there was a closure to the missing MH370 flight.
It was reported today that MAS had severed ties with seven families of the MH370 crew members for seeking legal advice.
Caregivers were also instructed to stop engaging the families and any communication to MAS should be handled by the counsel representing the families.

Ismail said MAS should not ignore the families because they needed much support now due the loss of their loved ones.
“The wife of one of the missing MH370 crew members will be giving birth tomorrow but no support has been given. In fact, the families received no payouts so far.
“If you cannot even look after the families of your employees, what more the next of kin of the passengers on board?” he asked.
Ismail said MAS should not penalise the families for seeking legal advice and reminded the national carrier of the government’s promise to look into their welfare.
“Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein had said that continuous support should be given. So why is MAS not doing that?” he asked.
Ismail said the national carrier should at least continue paying the salaries to families until there was closure to the MH370 incident.

“The union is holding a fund-raising event on June 7 for the families. If we can do something to help the families, why can’t MAS,” he asked.
source:::labourbulletin
Sebahagian daripada ahli keluarga anak kapal MH370 tidak dapat menahan kesedihan kerasa berasa kesal dengan tindakan Malaysia Airlines terhadap mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2014.Sebahagian daripada ahli keluarga anak kapal MH370 tidak dapat menahan kesedihan kerasa berasa kesal dengan tindakan Malaysia Airlines terhadap mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2014.Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Malaysia (Nufam) mengecam tindakan Malaysia Airlines (MAS) yang didakwa mengabaikan kebajikan waris anak kapal penerbangan MH370 biarpun pernah berjanji akan memenuhi segala keperluan dan tuntutan yang diperlukan  oleh semua ahli keluarga terbabit.

Nufam berkata, tindakan MAS mengabaikan 10 keluarga tersebut hanya kerana bertemu dengan firma guaman asing adalah tindakan memalukan dan tidak bertanggungjawab.
"MAS sebelum ini banyak memberi janji, tetapi akhirnya mengabaikan kewajban ke atas keluarga mangsa. Adakah ini cara syarikat penerbangan yang diiktiraf dunia menangani krisis untuk anak kapal atau waris mereka?
"Ia amat memalukan kerana mereka seolah-olah cuci tangan, bertindak seperti tiada apa yang pernah berlaku," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam keluarga anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu mendakwa  MAS “mengabaikan” mereka hanya kerana bertemu dengan firma guaman asing untuk mendapatkan bantuan guaman.
Waris mendakwa, syarikat penerbangan negara itu menghantar e mel dua hari lalu meminta mereka mengarahkan peguam berurusan dengan pasukan undang-undang syarikat itu bagi semua permintaan berkaitan pesawat yang masih belum ditemui itu.
Mereka juga tidak lagi berhubungan dengan penjaga yang merupakan wakil MAS untuk memberi maklumat terkini kepada ahli keluarga berkenaan.
Menurut Nufam, MAS tidak boleh mengabaikan ahli keluarga terbabit memandangkan syarikat penerbangan itu tidak menawarkan sebarang pampasan kepada waris penumpang anak kapal MH370.
"Salah seorang daripada waris penumpang akan melahirkan anak tidak lama lagi, jadi bagaimana pihak pengurusan rasa tentang hal ini? Kami berasa amat kasihan memikirkan nasib yang perlu dilalui oleh ibu dan anak yang belum dilahirkan itu.
"MAS sepatutnya bertanyakan keadaan ibu tersebut dan memberikan bantuan yang diperlukan. Sikap yang amat tidak bertanggjawab ditunjukkan oleh MAS dalam hal ini," katanya.
Nufam turut mendesak MAS menanggung perbelanjaan yang diperlukan waris anak kapal itu memandangkan mereka masih tidak menawarkan sebarang bentuk penyelesaian.
Selain itu, Nufam juga menggesa campur tangan kerajaan bagi membantu ahli keluarga terlibat.
"MAS seharusnya terus menanggung ahli keluarga. Bukan berdiam diri dan membiarkan ahli keluarga keliru dan tertanya-tanya. Nufam mahukan MAS lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan membantu keluarga
"Ini masa bagi membantu dan MAS tidak harus mengabaikan kebajikan mereka pada tahap ini dan menjangkakan mereka boleh meneruskan hidup seperti sediakala," katanya.
Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam perjalanan ke Beijing, hilang daripada radar awam ketika melintasi Laut China Selatan.
Radar tentera Malaysia mengesan pesawat itu berpatah balik ke arah barat hingga ia hilang dari kawasan liputan di Laut Andaman.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam temubual dengan media tempatan semalam berkata, MAS perlu diingatkan yang mereka mesti memastikan bayaran pampasan dilakukan secepat mungkin dan usaha membantu ahli keluarga anak kapal patut diteruskan.
“Saya percaya kita mesti memberi keyakinan dan sokongan kepada semua kakitangan MAS bukan sahaja kerana mereka rakyat Malaysia, tetapi kerana mereka tidak bersalah. Ramai kakitangan MAS yang saya jumpa sejak beberapa minggu lalu berterima kasih kepada saya dan pasukan kerana bersama mereka,” kata Hishammuddin.
Hishammuddin pada Khamis berkata, pencarian udara dan permukaan laut dihentikan dan fokus kini ialah kepada operasi bawah laut selepas misi terdahulu gagal mengesan pesawat yang masih hilang itu.
Katanya, pencarian kini meletakkan keutamaan kepada tiga perkara iaitu menganalisis semula semua data; pemetaan lanjutan dan analisis dasar laut dan penghantaran aset. – 19 Mei, 2014.‎
sumber:::labourbulletin

No comments:

Post a Comment