Monday, June 23, 2014

KENYATAAN AKHBAR BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI LANDASAN GUA MUSANG – GEMAS ARAHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD)

KENYATAAN AKHBAR RUM
BAGI MEMBALAS KENYATAAN SPAD TELAH DI FAKS KAN KE KETUA PENGARANG AKHBAR BERITA HARIAN. 
23 Jun 2014 Kepada : Ketua Pengarang  Akhbar Berita Harian

KENYATAAN AKHBAR BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI LANDASAN GUA MUSANG – GEMAS ARAHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD)
Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kenyataan akhbar tuan hari ini 23 Jun 2014, di muka surat 14 dan 15 yang telah menunjukan lawatan Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD yang telah melahirkan kerisauan dari aspek keselamatan landasan di sektor Gua Musang – Gemas berkemungkinan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini serta memutuskan untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang – Gemas pada 27 Jun 2014.

2. Pihak kesatuan melahirkan dukacita yang teramat sangat dengan “KEEGOAAN SPAD” yang masih mengekalkan arahan berkenaan, tindakan ini menimbulkan implikasi kepada 300 orang pekerja KTMB di sektor berkenaan malah melibatkan ratusan ribu penumpang yang mengunakan perkhidmatan keretapi, tindakan ini juga menjejaskan “revenue KTMB” sekurang-kurangnya RM 100 ribu sehari.
3. Pihak kesatuan yakin sektor yang terlibat hanya beberapa lokasi tertentu sahaja yang boleh dibaikpulih maupun dinaik taraf, justeru itu tindakan baikpulih dan naik taraf boleh dilakukan berdasarkan lokasi yang didapati boleh menjejaskan keselamatan tren, maka jalan alternatif tetap ada iaitu, pada waktu yang ditetapkan sebagai contoh diantara jam 10 pagi hingga jam 10 malam bagi tujuan baik pulih, manakala bagi waktu jam 10 malam hingga jam 10 pagi boleh dijalankan operasi tren atau ayat yang tepat ialah “LINE BLOCK”. Bagi lokasi yang dikenalpasti untuk dibaik pulih maka jajaran tren boleh memperlahankan had kelajuan tren kepada yang paling rendah iaitu “sehabis perlahan” atau ayat yang tepat ialah “DEATH SLOW”, sistem ini telah dilaksanakan dalam pembinaan landasan berkembar yang juga dari aspek keselamatan terjejas teruk.
4. Penutupan ini akan memberi satu tekanan kepada lebih 300 pekerja yang terlibat di sektor berkenaan sehingga ada yang tidak bekerja atau dipindahkan ke depoh-depoh lain yang boleh menimbulkan implikasi kepada keluarga pekerja kerana berjauhan, tambahan pula ianya melibatkan ratusan ribuan penumpang yang mengunakan perkhidmatan tren samada ke tempat kerja, ke sekolah, berniaga, balik kampong atau ketibaan musim raya Aidil Fitri.
5. Pihak kesatuan akur dengan aspek “KESELAMATAN” malah aspek keselamatan tidak boleh “compromise”, tindakan kerajaan menyuntik kewangan sebanyak RM 400 juta adalah sangat di alu-alukan, tindakan ini mencerminkan keperihatinan kerajaan kepada KTMB dan rakyat keseluruhannya namun demikian adalah tidak wajar sekiranya penutupan ini dilakukan kerana alternatif kepada operasi tren Gua Musang ke Gemas boleh digerakan operasi.
6. Tindakan atau keputusan SPAD boleh dianggap “menzalimi” pekerja KTMB, KTMB dan khususnya rakyat di Pantai Timur dengan mengambil pendekatan drastik, pihak kesatuan hilang keyakinan kepada SPAD yang gagal memainkan peranan sebenarnya.
7. PERSOALAN
Kenapa sekarang baru nak ambil tindakan, kita menyedari bahawa kegelinciran tren yang berlaku pada tahun 2012 telah berlaku, kenapa tidak dibaikpulih ketika itu, sedangkan setiap kegelinciran SPAD juga dimaklumkan?
Kenapa Datuk Elias Kadir selaku Presiden KTMB tidak mengatasi seawal kemasukan beliau sebagai Presiden KTMB bagi mencari jalan membaikpulih?Perkara kerosakan landasan bukan perkara pertama kali, malah telah berlaku pada zaman 80an, 90an dan 2000 tapi Pengarah Urusan KTMB ketika itu mampu mengatasi masalah landasan?
Kementerian Pengangkutan pada ketika tahun 80an, 90an dan tahun 2000 atau sebelum perpindahan kuasa kepada SPAD masalah sebegini bijak diatasi tanpa menutup operasi?
8. Tindakan Piket yang akan dilakukan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB pada 26 Jun 2014, di pekarangan Ibu Pejabat SPAD, pada jam 5petang adalah wajar kerana mendapati SPAD hanya menjalankan tugas sebagai “AMBIL MUDAH”, sekiranya penutupan ini benar-benar berlaku ianya akan mencipta satu sejarah negara.
9. Maka dengan itu Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB mengambil pendirian penutupan operasi ini tidak boleh ditutup sepenuhnya, sebaliknya dicadangkan dibuat sistem “LINE BLOCK” dan pada lokasi-lokasi tertentu diletakan “caution” dengan membenarkan jajaran tren bergerak secara “DEAD SLOW”.
10. Ketetapan selanjutnya :-
Semua tanggungjawab ini diletakan kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB yang menjadikan punca masalah iaitu kegagalan membaiki landasan di sektor berkenaan secara berperingkat-peringkat sehingga keputusan di buat oleh SPAD untuk menutup operasi pada 27 Jun 2014.
Kembalikan bidang kuasa SPAD kepada Kementerian Pengangkutan yang lebih berwibawa berdasarkan rekod ketika Kementerian Pengangkutan mengawalselia KTMB.
11. Maka dengan itu pihak kesatuan akan tetap meneruskan PIKET pada 26 Jun 2014 di pekarangan Ibu Pejabat SPAD pada jam 5 petang melahirkan “BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA” penutupan operasi Gua Musang – Gemas.
Sekian terima kasih
Yang menjalankan tugas
ABDUL RAZAK MD HASSAN

No comments:

Post a Comment