Monday, June 16, 2014

MEMORANDUM BANTAHAN KERJASAMA TNB DENGAN YTL





Kami Kesatuan dan Persatuan dalam Tenaga Nasional Berhad iaitu Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional (PETNB), Kesatuan Pecantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB),Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA) yang mewakili 34,900 ahli Kesatuan dan Persatuan dan anggota kerja Tenaga Nasional Berhad dengan ini MEMBANTAH sekeras-kerasnya kerjasama TNB dengan Syarikat YTL dalam sebarang urusan berkaitan perbekalan tenaga elektrik Negara.


Kami membantah dan mendesak TNB supaya MENOLAK tawaran bersyarat yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia kepada konsortium YTL, SIPP dan TNB untuk membangunkan projek penjanaan ‘Track 4A’ di kawasan Pasir Gudang, Johor.

Kami juga MENDESAK supaya Pengurusan TNB mempertahankan dan tidak menyerahkan tanah TNB di Stesen Janaeletrik Pasir Gudang, Johor kepada mana-mana pihak untuk tujuan projek ini dalam apa juga keadaan.

Kesatuan dan Persatuan TNB telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar berkaitan YTL dan dengan secara konsisten dan tegas MENOLAK sebarang kerjasama TNB dan YTL antaranya ialah :-
1. 28 May 2014 - Kesatuan Sekerja TNB mahu kontrak IPP diberi
secara bidaan terbuka (Kosmo).
2. 29 May 2014 - TNB adalah ‘syarikat rakyat’ (Utusan Malaysia).
3. 29 May 2014 - Unions want transparency in Track 4 project award
(New Straits Times)
4. 5. Jun 2014 - YTL jangan bersikap angkuh (Utusan Malaysia)
5. 10 Jun 2014 - Kesatuan sekerja TNB TOLAK kerjasama YTL (Utusan Malaysia).

TNB TIDAK MENIKMATI SEBARANG MANAFAAT sejak berurusan dalam pembelian tenaga dengan Syarikat YTL sejak 1993. Malah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama (1993) dengan Syarikat YTL telah menyebabkan TNB terpaksa MENANGGUNG BEBAN KEWANGAN dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi dari apa yang mampu TNB janakan pada masa itu. Berdasarkan angka dan maklumat yang kami perolehi, sehingga kini difahamkan TNB telah membayar lebih RM20 billion kepada Syarikat YTL.

Kami percaya PELBAGAI IMPLILKASI yang melibatkan Jaminan Pekerjaan (Job Security) akan berlaku kesan rangkaian (Chain reaction) dari projek berkapasiti besar - 1400MW hingga 2000MW yang ditawarkan kepada konsortium YTL ini. Kami masih ingat bagaimana Syarikat YTL membena loji janakuasa elektrik di Paka, Terengganu dengan menyewa tanah TNB hingga menyebabkan ahli-ahli kami terpaksa dipindahkan dari situ bersama ahli keluarga mereka.

Kami juga amat bersimpati dengan KAUM PEKERJA DAN RAKYAT yang terpaksa MENANGGUNG BILL ELEKTRIK YANG TINGGI selepas ujudnya Syarikat YTL dan IPP yang lain dalam industri penjanaan tenaga elektrik. Tawaran projek ’Track 4A’ kepada konsortium YTL ini akan menjadi RUJUKAN ’set precedence’ untuk terus menyambung kontrak dengan IPP lain yang akan tamat dimasa depan serta menghakis peranan TNB sebagai penjana utama tenaga elektrik negara.

KAMI dengan ini BERIKRAR AKAN MENENTANG HABIS-HABISAN sebarang usahasama TNB dengan Syarikat YTL. Kami akan menggerakkan seluruh ahli-ahli dan anggota kerja TNB bagi melancarkan Mega Piket besar-besaran dengan berkumpul, berhimpun dan berbaris bagi membantah kerjasama tersebut jika ianya dilaksanakan.

Sekian dan Salam 1TNB.

‘Bersatu Teguh’

Yang DiPertua Presiden Presiden Yasng DiPertua
PETNB KPPPTNB TNBJOU PERUNIKA

 (16 photos)

No comments:

Post a Comment