Thursday, July 3, 2014

Pekerja masa kini perlu hadapi pelbagai cabaran


Golongan majikan digesa mengambil kira keperluan dan kebajikan pekerja berpendapatan rendah sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini.

Menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam, dilema pekerja di negara ini ialah pendapatan diperolehi tidak seiring dengan kos sara hidup.


“Selain itu pekerja turut berdepan ancaman terhadap keselamatan kerja, penafian hak kesatuan sekerja dan cabaran berterusan terhadap martabat pekerja.

“Pekerja di negara ini turut berdepan tekanan bagi memenuhi keperluan harian mereka dan ahli keluarga,” 

Manakala kadar kenaikan gaji rendah tidak seimbang dengan kenaikan kos sara hidup yang jauh lebih tinggi serta sukar dijangka.
“Kenaikan kos sara hidup bukan hanya dalam perkara besar sahaja tetapi harus dilihat secara holistik melibatkan perkara kecil yang bukan barang kawalan seperti upah penjagaan anak, susu, lampin pakai buang, sabun pencuci, wang saku anak sekolah,
tambang bas sekolah hingga bil telefon dan lain-lain semuanya mengalami kenaikan.


“Sekiranya dua perkara tersebut iaitu gaji permulaan dan kenaikan gaji tahunan dinaikkan, sedikit sebanyak dapat membantu mengimbangi dan meringankan beban kenaikan kos sara hidup serta wujud lebihan tunai sekali gus meningkatkan kuasa beli,” katanya.

Seiring perkembangan itu, Gopal turut menekankan peranan pihak kerajaan supaya turut membuka mata dan berperanan membantu meringankan beban rakyat.

“Kerajaan harus sedar, keadaan ini berlaku dalam sistem pekerjaan di negara kita, di mana majikan menindas pekerja sesuka hati dan mengaut untung dari hasil yang turut disumbangkan oleh pekerja.

“Perkara ini tidak wajar berlaku kerana tenaga buruh yang digembleng merupakan sumbangan terbesar ke arah pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mahu kerajaan mempertimbangkan hasrat melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan menjelang April tahun hadapan.
“Pelaksanaan GST ini adalah salah satu cara bagi kerajaan untuk menghakis pendapatan rakyat yang juga pekerja di negara ini.
“Pada pendapat saya, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh kerajaan sendiri, ditambah dengan permasalahan yang dihadapi pekerja dengan majikan, percukaian ini hanya menambah beban dan menyusahkan kehidupan rakyat,” katanya lagi.

sumber:::mtuc

Kenapa majikan menghalang penubuhan kesatuan?

Walaupun kesatuan sekerja memberi banyak faedah kepada pekerja, ianya tidak membawa manfaat yang besar kepada majikan.

"Biasanya kesatuan sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikanpekerja yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan akan tunaikannya dengan mudah. Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan sekerja dan majikan. "

Kerjasama ini pasti membantu pekerja dan majikan meningkatkan kualiti dan produktiviti masing-masing. Kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berkekalan."

http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/01/bagaimana-menubuhkan-union-kesatuan.html

No comments:

Post a Comment