Thursday, July 3, 2014

RESPON TERHADAP KENYATAAN YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN TENTANG "PEMBERI DAN PEMINTA SEDEKAH AKAN DIHUKUM"


Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
RIZAN HASSAN: Alhamdulillah jika benar usaha ini hendak dilakukan sebagai jalan penyelesaian terhadap isu orang yang minta sedekah termasuk gelandangan. Saya yakin para penggerak keikhlasan yang sering turun membantu golongan berkenaan akan tidak lagi sibuk memikirkan bagaimana hendak membantu golongan itu. Kami tidak perlu membuang masa, bersengkang masa bahkan membahayakan diri ke lorong-lorong sunyi dalam mencari mereka yang perlu dibantu. Nampaknya, kumpulan yang dibantu ini benar-benar mencemarkan imej negara berbanding dengan budaya merempit, meragut, lumba haram kereta dan mabuk ditepi jalan yang memperlihatkan kerajaan TIDAK MAMPU TANGANI.
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

RIZAN HASSAN:
Saya sedikit tergelak dengan jika alasan masalah kebersihan berpunca dari gelandangan. Saya sarankan Pak Menteri sendiri datang di sekitar kawasan ramai manusia di KL dan mengira sendiri tong sampah yang ada. Juga melihat sendiri tempat menunggu bas awam yang tidak bersistem dan kesesakan jalanraya yang tiada kesudahan hasil kebijakan perancangan bandar dan wilayah itu sendiri. Akhirnya si penumpang yang menunggu bas akan beli makanan dan minuman bungkus sementara menunggu bas. Bila bas sampai, tiada tong sampah untuk dibuang lalu atas jalanraya adalah pilihan yang terbaik
. PAK MENTERI, KADANG-KADANG SISTEM YANG KERAJAAN BUAT ADALAH PENYUMBANG TERBESAR MASALAH DALAM NEGARA. Cuba Pak Menteri ajak kawan-kawan yang sama taraf dengan Pak Menteri duduk berbincang tentang bagaimana untuk memperkasakan pendidikan kesedaran awam sebelum terus menerus menghukum. Jangan pula bagi alasan program kesedaran dah lama dah buat. Pak Menteri, soal kesedaran ialah pendidikan, pendidikan itu ialah sepanjang hayat. Ianya perlu dibudayakan, bukan di programkan dan Pak Menteri datanaga pakai songkok lrbih tinggi dari akal lalu merasmikannya sabagai program. MEMBUDAYAKAN dan MEMPROGRAMKAN adalah berbeza ya.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
RIZAN HASSAN: Saya nak marah tapi ternyata di bulan Ramadhan ini ALLAH beri saya ketenangan. Alhamdulillah. Pak Menteri, kalau sekadar angkut si peminta sedekah itu takde lah bezanya dengan apa yang dilakukan sekarang. Cumanya, saya "terseronok" dengan kenyataan Pak Menteri yang si pemberi akan di saman. Bagi saya, atas nama kemanusiaan dan kesukarelaan, DEMI ALLAH SAYA BUKAN RELA DISAMAN TAPI RELA DIPENJARAKAN kalau itu berlaku kepada saya dalam soal menangani gelandangan. Kami penggerak keikhlasan ini bukan dari kalangan orang kaya. Yang mampu kami berikan ialah makan minum, nasihat, bimbingan agama, pemeriksaan kesihatan, naju baru dan terpakai dan macam-macam cuma kami tak ada duit nak bina bangunan 100 tingkat waimah 1 tingkat untuk tujuan penginapan sementara mereka. Sejujurnya, saya selalu berdoa untuk menjadi ORANG KAYA RIZAN HASSAN agar saya dapat membantu mereka lebih dari sekarang, tapi saya hanyalah seorang TOKOH BELIA NEGARA 2011 yang maksimumnya boleh hantar surat dan kertas cadangan kepada kerajaan. Pak Menteri sedar tak bahawa ramai anak muda kini begitu semarak semangat mereka dalam membantu gelandangan dan mereka yang memerlukan. Banyak dapatan yang kadangkala tidak masuk akal yang kami terima bila berbual dengan mereka tetapi hakikatnya dan realitinya begitulah. Isu kos sara hidup, bekas tahanan juvana dan banduan muda tidak diterima keluarga, gaji kecil, kena kerja 3-4 jenis kerja dan macam-macam lagi hingga meletakkan hal penginapan di tempat terakhir. MANUSIA MANA YANG TIDAK MAHU TIDUR DI TEMPAT BERSIH WAHAI PAK MENTERI?
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam tadi.
RIZAN: Dah buat pun Pak Menteri. Dah lama dah kami buat. Kami siap bersihkan dan boleh baring-baring sambil ber-selfie lagi. Pegawai Pak Menteri bagi laporan tak betul sebagai penyedap bicara Pak Menteri dalam ucapan je tu. Kesian, dah jadi Menteri punya lama masih kena bohong.
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
RIZAN: Tahniah. Usaha yang harus di puji. Kalau selalu buat macam ini lagi bagus.
Di majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya.
RIZAN: Pak Menteri, memang sejak dulu di Malaysia ini para menteri kita hanya akan nampak anak-anak yatim, fakis miskin dan OKU time bulan Ramadhan je ke?
MOHAMMAD RIZAN HASSAN
Tokoh Belia Negara 2011

No comments:

Post a Comment