Friday, October 17, 2014

MALAYSIA:::MTUC sokong bonus swasta dikecualikan cukai

  • MTUCMTUC
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan agar kerajaan mempertimbangkan pengecualian cukai dalam pembayaran bonus kakitangan swasta.

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, pelaksanaan tersebut dilihat dapat membantu pekerja swasta terbeban dengan potongan cukai yang terlalu tinggi.



“Kita dapat banyak rungutan daripada pekerja swasta. Mereka tidak dapat menikmati hasil bonus sepenuhnya kerana perlu dipotong cukai.

“Maka, kita menyokong agar mana-mana bayaran yang dikira masuk dalam potongan cukai pendapatan seperti bonus dikecualikan daripada cukai. Jadi kakitangan swasta dapat nikmati bonus secara penuh tanpa sebarang potongan,” katanya, semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mencadangkan saranan tersebut dalam sidang Dewan Rakyat.

Menurut Ikmal Hisham, ia selaras dengan hasrat kerajaan membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, alternatif lain yang boleh dipertimbangkan kerajaan ialah tidak memasukkan pembayaran bonus dalam pendapatan tahunan.

“Cara ini mengurangkan peratusan cukai pendapatan yang perlu dibayar. Setidak-tidaknya dapat kurangkan sikit beban penerima,” katanya.


sumber:::http://www.sinarharian.com

No comments:

Post a Comment