Saturday, November 15, 2014

HARI INI DALAM SEJARAH:::60 tahun MTUC: kemanakah halatuju?


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) telah meraihkan sambutan ulang tahun ke-60 pada 31hb Disember 2009. Sambutan ulang tahun ini telah diadakah di Petaling Jaya Selangor. Lebih dari 400 ahli kesatuan telah mengambil bahagian dalam majlis jamuan ini. Pelbagai acara telah diadakan bagi menyerikan majlis sambutan ini. Walaupun MTUC masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya kerana segala perjuangannya sering mendapat halangan dan sekatan daripada pihak pemerintah. 


Namun , kehadiran Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim ke majlis ini memberi makna yang besar kepada MTUC. 

Beliau bersetuju untuk membiayai 100 ribu untuk MTUC bagi menjalankan kajian berkaitan sara hidup golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan permasalahan gaji rendah ditangani secara effektrif; di samping berjanji untuk menyelesaikan masalah tanah MTUC yang masih lama tertunggak.

No comments:

Post a Comment