Wednesday, November 12, 2014

MALAYSIA:::Pekerja kilang maut dihempap bumbung


Bayan Lepas: Seorang pekerja kilang maut selepas dihempap runtuhan bumbung konkrit dan besi di sebuah kilang di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu mangsa, Wan Ahmad Nadzari Wan Mokhtar, 48, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.58 petang.
"Mangsa terperangkap di bawah runtuhan itu serta meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 7.28 malam.
"Tiada mangsa lain terbabit dan kita masih menyiasat punca kejadian," katanya ketika dihubungi.



No comments:

Post a Comment