Allahyarham Tan Sri Ani Arope diingati sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsipnya.
Sekiranya hari ini kita berbangga untuk menyokong rakyat Malaysia yang berpegang teguh dengan prinsip mereka, tolong ingati Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang kembali ke rahmatullah.
Meninggal dunia ketika berusia 82 tahun, Ani berpegang teguh dengan prinsip yang dipegangnya dan menentang perdana menteri yang berkuasa ketika itu pada 1996, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memilih untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada menandatangani perjanjian pembelian kuasa bebas (IPP) daripada pengeluar tenaga pada 1995
Tidak menoleh ke belakang, sedekad kemudian beliau mendedahkan alasannya meninggalkan TNB, syarikat berkaitan kerajaan yang kemudiannya bertukar menjadi syarikat tersenarai ketika itu.
Melalui wawancara bersama akhbar The Star pada Jun 2006, Ani memberikan butiran lengkap perjanjian IPP yang diuruskan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Mentei pada 1996.
"Tiada rundingan. langsung tiada. Daripada berbincang dengan IPP, TNB duduk dengan EPU.
“Kami dimalukan setiap kali berada di sana. Kemudian, pasukan saya sungguh kecewa. EPU hanya memberikan terma dan mengarahkan kami untuk bersetuju. Saya kata mustahil.
"Semuanya sudah ditentukan. (Mereka kata) ini harganya, ini caj setiap kapasiti dan ini jumlah tahun. Mereka kata kami hanya perlu bersetuju dan saya enggan tandatangan kontrak, sebaliknya meletak jawatan," katanya.
Ani, belajar di St Xavier's Institution Pulau Pinang merupakan satu-atunya pelajar Melayu di dalam kelasnya turut melahirkan perasaannya berkenaan perjanjian IPP pertama Malaysia.
"Sakit. Salah dari segi moral dan tidak adil. Jika ianya sah dan tidak adil, saya tidak akan lakukan, jika adil dan tidak sah, saya masih tidak akan lakukan. Perlu adil dan sah.
"Kami bekerja untuk pengguna, pekerja, dan pemegang saham. TNB secara moralnya tertakluk kepada tiga ini, tetapi pengguna perlu diutamakan, jika tidak kami tidak wujud, hanya pekerja dan pemegang saham.
"Bila saya begitu, mereka kata 'Dia ingat bapak dia punya’. Tugas ini amanah. Kamu diamanahkan dengan tanggungjawab dan menanggungnya sedaya upaya. Saya tidak mahu ada orang datang dan kencingkan kubur saya."
Dalam budaya Melayu, ia adalah penghinaan terburuk keada seseorang, kata lelaki yang penerima pertama biasiswa Fulbright pada 1966.
Sebelum meninggalkan TNB, beliau bekerja di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan Institut Penyeldikan Getah Malaysia.
Sebelum menyertai TNB pada 1990, Ani merupakan pengerusi Bank Simpanan Nasional dan seterusnya ketua pengarah eksekutif kumpulan Guthrie Bhd.
Dalam petikan doktor falsafah undang-undang di Indianapolis University pada 1995, pihak Dekan Indianapolis University-Purdue University Indianapolis School of Engineering and Technology dean Alfred R Potvin: "Ani adalah hasil terbaik pendidikan liberal – berkeupayaan, individu Renaissance yang moden."
Malaysia kehilangan individu yang berpegang bteguh dengan prinsipnya dan sanggup menerima akibatnya.
Pencapaian kejayaannya dalam perkhidmatan awam seharusnya menjadi inspirasi rakyat Malaysia – kita mampu berjaya dan menjadi antara yang terbaik dengan sempadan yang tidak boleh dilanggar.
Kejujuran dan integriti lebih penting daripada kedudukan dan pangkat. Kita perlu percaya dengan apa yang kita percaya adalah tindakan yang betul. Ani melakukannya, sekarang Kumpulan 25.
Kita perlu lebih lagi kerana negara memerlukan kita untuk menjadi berprinsip seperti Tan Sri Ani Arope.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment