Friday, December 26, 2014

MALAYSIA:::MTUC gesa cuti bergaji kepada pekerja di negeri dilanda banjir

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa para majikan sektor swasta mempertimbangkan cuti bergaji kepada pekerja yang berhadapan dengan musibah banjir. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 26 Disember, 2014.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa para majikan sektor swasta mempertimbangkan cuti bergaji kepada pekerja yang berhadapan dengan musibah banjir. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Majikan swasta di kawasan dilanda banjir digesa menimbang memberi cuti bergaji kepada pekerja masing-masing sehingga keadaan pulih.
Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A.Balasubramaniam berkata langkah itu boleh menolong meringankan kesulitan yang dialami pekerja terbabit.
"Majikan sektor swasta sepatutnya bermurah hati memberi cuti bergaji kepada pekerja mereka ketika banjir melanda banyak negeri.

"Saya percaya kehidupan berpuluh ribu pekerja akan terjejas akibat banjir teruk yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis," katanya.
Balasubramaniam berkata walaupun kebanyakan pekerja sektor swasta hanya bergantung pada ihsan majikan mereka untuk mendapat cuti bergaji, namun adalah menjadi tanggungjawab sosial majikan untuk menunjukkan mereka mengambil berat tentang nasib yang menimpa pekerja masing-masing dan memberi bantuan diperlukan, termasuk cuti bergaji ketika berlaku bencana.
"Kami berharap majikan tidak mengambil langkah drastik terhadap pekerja yang tidak dapat datang bekerja kerana keadaan yang kritikal," katanya.
Sementara itu, keadaan banjir tidak menunjukkan tanda akan surut dengan segera, manakala mangsa yang dipindahkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini, dengan Pahang mencatat peningkatan mendadak jumlah mangsa yang dipindahkan dan Kelantan mencatat penurunan kecil. – Bernama, 26 Disember, 2014.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment