Friday, December 19, 2014

MALAYSIA:::MTUC:::Kenyataan Akhbar COLA bagi sektor swasta perlu diwajibkan

MTUC kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Datuk  Seri Ismail Abd Muttalib dalam menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah yang menyatakan bahawa COLA tidak akan diwajibkan bagi pekerja-pekerja dalam sektor swasta seperti yang diberikan kepada pekerja-pekerja dalam sektor awam.
Kerajaan pernah mengambil pendekatan yang sama dalam menetapkan gaji minimum untuk tempoh masa yang panjang dengan menyerahkan kepada pasaran untuk menentukan kadar gaji minimum bagi sektor swasta. Selepas dua dekad barulah kerajaan menyedari hakikat bahawa pasaran gagal untuk menetapkan gaji minimum yang wajar kepada pekerja dalam sektor swasta dan kini mengiktiraf gaji minimum.
Dalam memperkatakan gaji minimum sememang gaji minimum berada dibawah penstrukturan dimana kebanyakkan majikan menjumlahkan semua elaun kedalam pengiraan gaji minimum bagi mencapai RM900. Walaupun gaji minimum telah diwartakan namun ia telah disalah terjemahkan oleh majikan sehingga tidak memberi makna kerana tiada pemantauan yang menyeluruh dilakukan.

Begitu juga dengan COLA-sebagai mana yang kita sedia maklum bahawa hanya tujuh peratus pekerja yang mempunyai kesatuan dan dari angka tersebut hanya 2.5% peratus sahaja yang memiliki Perjanjian Kolektif yang membolehkan kesatuan berunding dengan majikan bagi mendapatkan faedah COLA dan lain-lain bagi faedah pekerja.
MTUC berpendapat bahawa sekiranya COLA tidak diwajibkan maka majikan tidak akan memberi keutamaan kepada isu ini. COLA amat penting diwajibkan kepada semua pekerja-pekerja dalam sektor swasta seperti yang dinikmati oleh pekerja-pekerja dalam sektor awam kerana peningkatan kos hidup dialami oleh semua rakyat. Pekerja-pekerja sektor swasta turut menyumbang kepada pembangunan negara ini, oleh yang demikian tidak perlu memiliki dua undang-undang untuk memisahkan keperluan pekerja sektor swasta dan pekerja sektor awam. Pemberian BRIM oleh kerajaan jelas menunjukkan bahawa pendapat rakyat Malaysia tidak memadai untuk menampung keperluan harian.
Pekerja sektor swasta juga terpaksa menerima tekanan hidup akibat kenaikan kos harga barangan yang amat ketara sejak kebelakangan ini dan ia akan lebih ketara dengan pengenalan GST sebanyak 6% pada tahun 2015. 
Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta177) tidak menjurus kepada pertumbuhan kesatuan sekerja di Malaysia malah menyekat perkembangannya yang dikawal oleh Kementerian Sumber Manusia.
MTUC tegas dengan pendiriannya supaya kerajaan mewajibkan COLA RM300 kepada semua pekerja di Malaysia secara adil dan saksama tanpa penyerahkan kepada majikan dan pasaran untuk menentukan perkara ini. Pengalaman yang lepas jelas menunjukkan bahawa undang-undang perlu diwartakan supaya ia dilaksanakan bagi kepentingan semua pihak. Sila hubungi N. Gopal Kishnam di talian 019 3174717 untuk sebarang pertanyaan.

N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung MTUC

1 comment:

  1. This written piece gives fastidious understanding yet.It’s amazing in support of me to truly have a web site that is valuable meant for my knowledge. PLEase visit site instastalker

    ReplyDelete