Tuesday, December 2, 2014

MALAYSIA:::Pemintaan pekerja hartanah, pembinaan meningkat

KUALA LUMPUR - Permintaan untuk tenaga kerja berkemahiran dalam sektor pembinaan dijangka meningkat sebanyak 4.5 peratus setahun dalam empat tahun akan datang berikutan Program Transformasi Ekonomi kerajaan.

Pengurus Negara Spring Professional Malaysia, Jeff Bonnin, berkata jawatan seperti pengurus pembinaan, pengurus dan jurutera tapak merupakan yang paling dicari dalam pasaran pekerjaan.


"Peningkatan dalam permintaan adalah selaras dengan perbelanjaan pembinaan negara dengan majoriti daripada calon pasaran berpusat di Kuala Lumpur, walaupun sebenarnya permintaan datang lebih banyak dari Johor Bahru serta Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Spring Professional Malaysia memberi tumpuan terhadap pengambilan tenaga kerja peringkat pertengahan hingga pengurusan kanan serta pakar dalam sektor IT dan kejuruteraan.

Syarikat itu juga menambah kepakaran pembinaan dan hartanah dalam perkhidmatan pengambilannya. 

No comments:

Post a Comment