Wednesday, December 31, 2014

MALAYSIA:::Semakan semula perintah gaji minimum dijangka siap awal 2015

BERAPAKAH GAJI MINIMUM 2015 ???? ADAKAH MASIH RM 900 @ DINAIKKAN KE RM 1000 @ RM 1200 ...... SAMA SAMA KITA TUNGGU

KUALA LUMPUR: Hasil semakan semula terhadap pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 dijangka dapat dimuktamadkan dan dibentang Kementerian Sumber Manusia selewat-lewatnya awal tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abdul Muttalib, berkata semakan semula itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk situasi ekonomi semasa serta impak pelaksanaan kadar berkenaan terhadap majikan terutama syarikat kecil.

"Proses mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2012 ini dibuat seperti diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) 2011," katanya menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkenaan status keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum 2012. Ismail berkata, Akta MPGN 2011 memperuntukkan bahawa semakan semula skim itu perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun dengan mengambil kira pandangan pihak majikan, pekerja, Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Beliau berkata pelaksanaan skim gaji minimum yang mampu memberi manfaat kepada kira-kira 13.5 juta pekerja swasta di negara ini telah digazetkan pada 16 Julai 2012, namun sebahagian besar majikan belum bersedia melaksanakannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment