Sunday, December 7, 2014

Pengawal keselamatan berharap majikannya dapat menyegerakan proses pembayaran gaji minimum RM900 seperti ditetapkan kerajaan

Tuntut gaji minimum
Subhi menunjukkan surat maklum balas dari Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru dan keratan akhbar.

SENAI - Seorang pengawal keselamatan berharap majikannya dapat menyegerakan proses pembayaran gaji minimum RM900 seperti ditetapkan kerajaan.

Subhi Saad, 53, berkata, majikannya baharu sahaja mengemukakan dokumen berkaitan perkara itu pada minggu lalu, untuk ditandatangani.


Menurutnya, bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak majikannya melewatkan usaha mematuhi peraturan gaji minimum sejak ia dikuatkuasakan kerajaan pada 1 Januari lalu.

“Mengenai isu gaji minimum ini, saya sudah kemukakan kepada pihak majikan malah ia juga turut diadukan kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru pada Februari lalu,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Subhi berkata, kos sara hidupnya sekeluarga akan bertambah baik berbanding sebelum ini jika menerima gaji minumum yang ditetapkan.

“Dengan gaji pokok sedemikian, saya masih bergantung pembayaran kerja lebih masa,” katanya.

Mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah kerana gagal melaksanakan pemberian gaji minimum akan dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja dan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun untuk kesalahan berulang.

Di bawah Perintah Gaji Minimum 2012, majikan perlu membayar gaji minimum RM900 sebulan bagi pekerja di Semenanjung dan RM800 untuk pekerja di Sabah dan Sarawak.
Sumner:::http://www.sinar.com.my

No comments:

Post a Comment