Thursday, January 8, 2015

MALAYSIA::JURANG PENDAPATAN ANTARA JANTINA

MTUC kecewa dengan perolehan keputusan penganalisaan Jabatan Perangkaan Kebangsaan 2013 yang tersiar dalam media The Star 5hb Januari 2015 mengenai jurang pendapatan di kalangan jantina masih wujud di Malaysia. Dalam pada menuju era Negara berpendapatan tinggi dan maju, penganalisaan ini memberi satu petanda yang mengejutkan. Malaysia yang telah menandatangani perjanjian Konvensyen CEDAW(Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women) pada tahun 1995 yang di bentuk oleh United Nation seharusnya mengambil segala bentuk tindakan dan langkah yang boleh diserapkan dalam undang-undang Negara bagi mempromosikan hak samarata di antara lelaki dan wanita. Perlembagaan Malaysia artikel 8, jelas menyatakan bahawa tidak harus wujud sebarang bentuk diskriminasi. Apakah kesudahan undang-undang kita yang tidak diterima pakai. Undang-undang digubal bagi menjaga kebajikan dan hak asasi rakyat tidak harus menyebelahi mana-mana pihak yang berkepentingan atau menyingkirkan kewibawaan satu pihak tanpa sebarang alasan yang munasabah. MTUC tidak dapat menafikan pelbagai asalan diberikan oleh pelbagai pihak terutama pihak majikan, orang awam, penyelidik, pakar dan sebagainya namun perbezaan jurang pendapatan di antara jantina tidak harus wujud bagi pekerja yang melakukan kerja yang sama di Malaysia. MTUC menyeru pihak kerajaan untuk mengambil langkah yang wajar dan tegas bagi menangani isu ini secara adil. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik N.Gopal Kishnam di talian 019 3174717

PEKERJA BERSATU RAKYAT MAJU

N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung

No comments:

Post a Comment