Tuesday, February 3, 2015

MALAYSIA:::13 majikan Selangor didenda gagal patuhi gaji minimum

Sebanyak 13 majikan di Selangor didenda berjumlah RM83,600 sepanjang tahun lepas kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012, kata Pengarah Pasukan Khas Penguatkuasaan (PKP) Jabatan Tenaga Kerja Selangor Mohd Asri Abd Wahab.
Beliau berkata 13 majikan itu antara 19 majikan yang didakwa di Mahkamah Majistret daripada 103 majikan yang diperiksa dalam "Ops Gaji" sepanjang tahun lepas.
"Daripada jumlah tersebut, 13 majikan mengaku bersala
h dan didenda sejumlah RM83,600 manakala enam majikan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga, seramai 12 majikan telah dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955, membabitkan kompaun berjumlah RM37,200.
Asri berkata selain Ops Gaji, pihaknya turut melaksanakan pemeriksaan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
"PKP Selangor telah menyiasat enam aduan berkaitan isu eksploitasi buruh paksa dan pemerdagangan manusia dan lima daripada kes itu telah berjaya diselesaikan.
"Susulan itu, enam orang mangsa warga asing turut diselamatkan dan telah dihantar pulang ke negara asal selepas mendapat bayaran gaji tertunggak  berjumlah RM73,796.29 daripada bekas majikan masing-masing," katanya. – Bernama, 3 Februari, 2015.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment