Thursday, April 2, 2015

MALAYSIA:::NOH KESAL ADA MAJIKAN UTAMAKAN PEKERJA ASING

IMG-20150331-WA0002
Bilangan pekerja asing di negeri ini cukup membimbangkan. Sepatutnya majikan memberi keutamaan kepada warga tempatan.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar kesal ada segelintir majikan di negeri ini yang lebih mengutamakan pekerja asing sehingga menafikan hal pekerja tempatan.
Beliau berkata, keutamaan pekerjaan mestilah diberikan kepada warga tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah kerana mereka juga mempunyai kelayakan dan kemahiran setanding setanding dengan pekerja asing.

“Bilangan pekerja asing di negeri ini cukup membimbangkan. Sepatutnya majikan memberi keutamaan kepada warga tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Selangor, baru-baru ini.
Beliau juga mahu generasi muda berusaha dan meningkatkan lagi daya saing khususnya dalam bidang kemahiran bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan yang semakin hari semakin kurang ekoran kemerosotan ekonomi dunia.
“Peluang ini bukan sahaja dikuasai oleh pekerja asing malahan turut menjejaskan peluang belia di negara ini untuk menyumbang kepada produktiviti pekerja mahir selaras dengan wawasan negara,” katanya.
Noh turut menegur sikap segelintir majikan yang menggunakan saluran undang-undang untuk menidakkan hak pekerja termasuk menubuhkan kesatuan pekerja.
“Ada majikan menafikan hak pekerja dengan mengurangkan kuasa kesatuan pekerja.Saya akan membantu MTUC negeri ini dalam memperjuangkan hak-hak pekerja,” katanya yang berjanji membawa isu tersebut ke Parlimen.
               http://selangorpost.com





No comments:

Post a Comment