Friday, May 29, 2015

MALAYSIA:::Nufam gesa PAC panggil lembaga pengarah MAS selepas pendedahan Muelle

Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) hari ini menggesa Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) memanggil lembaga pengarah Malaysian Airlines (MAS) supaya menjawab tuduhan pembaziran yang dibuat ketua pegawai eksekutif (CEO) barunya, Christoph Mueller.
Gesaan tersebut dinyatakan selepas Mueller dipetik dalam The Star hari ini mendedahkan pembaziran dalam MAS berpunca daripada 180 jenis elaun hingga mereka terpaksa menanggung kerugian.

"Lembaga pengarah MAS ketika ini wajar dipanggil PAC. Jika terdapat salah guna kuasa dalam MAS, PAC perlu memanggil MAS.
"Pendedahan oleh CEO baru MAS menunjukkan terdapat banyak pembaziran dan salah guna kuasa dalam MAS," kata Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kepada The Malaysian Insider.
Jika benar dakwaan Mueller itu, Ismail berkata ia tidak adil untuk pekerja MAS kini yang menjadi mangsa dan terpaksa berdepan risiko kehilangan kerja.
"Jadi mengapa staf tidak bersalah perlu membayar untuk semua ini? Adakah adil untuk menamatkan staf yang tidak bersalah?
"Siapa yang kayuh basikal ke tempat kerja dan dibayar tinggi untuk elaun tinggi sedemikian?" soal Ismail.
Mueller dalam wawancara bersama The Star hari ini mendedahkan elaun basikal yang dibayar tinggi antara punca syarikat penerbangan tersebut kerugian secara sia-sia.
MAS ketika ini sedang dalam persediaan untuk menamatkan satu pertiga daripada tenaga kerja mereka, kira-kira 20,000 pekerja MAS akan mengetahui nasib mereka minggu depan.
Hanya dua pertiga daripada pekerja akan diambil bekerja semula di bawah MAS Bhd yang  dijenamakan semula. – 29 Mei, 2015.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata, Jawatankuasa Kira-Kira perlu memanggil Ketua Pegawai Eksekutif MAS Christoph Mueller bagi mendapatkan keadilan pekerja MAS yang kini berdepan risiko kehilangan kerja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata, Jawatankuasa Kira-Kira perlu memanggil Ketua Pegawai Eksekutif MAS Christoph Mueller bagi mendapatkan keadilan pekerja MAS yang kini berdepan risiko kehilangan kerja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.

No comments:

Post a Comment