Monday, June 15, 2015

MALAYSIA::: Nufam condemns Transport Minister’s statements / Kenyataan Akhbar Mengenai Kenyataan Menteri Pengangkutan Dato Seri Liow Tiong Lai

National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam) condemned the statements by Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai for “creating confusion” regarding the dismissal of 6,000 Malaysia Airlines (MAS) employees.
Nufam president Ismail Nasaruddin claimed Liow’s statements seem to change from day to day, leaving many of the workers involved frustrated.
Liow allegedly issued a statement to several newspapers today saying that most MAS staff had gratefully received a termination package and that no party was left unsatisfied, except for Nufam.
“The statement is very confusing and different from two days ago. He (Liow) has advised MAS and agreed to sit down with Nufam, but his statement today is different.
“This shows that he is not alert or sensitive to comprehend the issues raised by Nufam and our staff,” said Ismail in a statement today.
He also urged the Transport Minister to discuss with Nufam on solving the problems faced by MAS staff as the union was the place where employees voiced their concerns.He added that Liow only considered the management’s perspective on the issue and not that of the workers or union.
“He should call both parties to the get both sides of the story and not just listen from one side,” Ismail said.
He explained that the prejudice should stop and the opinion of MAS’s employees should be taken into consideration in order for the tension regarding the layoffs to be relieved.
“He was supposed to solve the problem quickly and not make ridiculous statements that anger the employees in MAS,” he said.
In August 2014, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), the largest shareholder in MAS, announced 12 measures in MAS’s restructuring plan worth RM6 billion. It revealed Khazanah would establish a new entity known as the Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) which would result in 6,000 employees from various levels discharged from duty.
Kenyataan Akhbar Mengenai Kenyataan Menteri Pengangkutan Dato Seri Liow Tiong Lai Terhadap Isu Pembuangan 6,000 Kakitangan MAS

Kesatuan NUFAM dan pekerja pekerja kami amat terkejut dan terkilan atas kenyataan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Seri Liow Tiong Lai mengenai isu pembuangan 6,000 pekerja MAS. Beliau dipetik berkata bahawa pekerja MAS kebanyakan telah menerima pakej tersebut dengan baik dan tidak ada mana mana pihak yang tidak berpuas hati kecuali NUFAM. Kenyataan beliau ini telah dipetik dalam beberapa akhbar hari ini.
Kenyataan beliau amat mengelirukan dan juga berlainan berbanding pada dua hari yang lepas. Beliau telah nasihat MAS dan menyatakan MAS telah setuju untuk duduk dengan Kesatuan NUFAM tetapi kenyataan beliau hari ini pula berlainan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat kita.
Kesatuan dan pekerja kami amat kecewa kerana sebagai pegawai tinggi kerajaan,beliau hanya mengambil kira dari perspektif pengurusan dan bukan dari sudut pekerja dan Kesatuan pekerja.
Ini menampakan beliau tidak peka langsung atau sensitif untuk memahami masalah masalah yang telah dibangkitkan oleh Kesatuan NUFAM dan pekerja pekerja kami. Jika pihak lain boleh memahami masalah kami, kenapa beliau susah hendak memahami masalah kami?
Kesatuan NUFAM telah mengambil kira semua masalah pekerja pekerja lain sebelum membuat kenyataan tersebut kerana ramai pekerja pekerja ini takut hendak bersuara dan mereka hanya membawa isu dan berkongsi masalah mereka dengan kami. Jadi sebagai Kesatuan sekerja yang sah, tidak salah NUFAM membuat kenyataan secara holistik mengenai perkara tersebut kerana ia melibatkan industri penerbangan di dalam negara.
Andai katalah jika Menteri Pengangkutan tidak memahami masalah pekerja atau percaya dengan kenyataan Kesatuan NUFAM, beliau boleh memanggil pihak kami duduk bersama beliau dan bertanya masalah kami. Adakah beliau lakukan ini? Malah beliau tidak pun berjumpa dengan pekerja pekerja kami untuk bertanya masalah yang mereka hadapi.
Sebaliknya beliau terus mengambil perspektif dan pendirian berlainan mengenai kenyataan kami dan terus membuat kenyataan yang mengelirukan dan membuat ramai pekerja pekerja ini merasa amat kecewa.
Sepatutnya beliau harus memanggil kedua dua pihak jika mahu mendengar yang sebenar dan bukan hanya dengar sebelah pihak sahaja.
Mengenai isu dan masalah NUFAM dengan MAS bukan timbulnya dari NUFAM atau ahli pekerja tetapi bermula dari MAS sendiri dan sikap pengurusan yang engkar keputusan Menteri. Sebenarnya pengurusan MAS sendiri telah menghancurkan masa depan pekerja mereka dengan menindakan hak asasi Kesatuan dan pekerja dengan menolak keputusan pengiktirafan NUFAM.
Kami juga mengharapkan jika Dato Seri tidak tahu hujung pangkal mengenai isu dan masalah NUFAM dengan MAS tanpa selidik dahulu, kami harapkan beliau jangan lagi membuat kenyataan dan merendumkan lagi keadaan ini sebab sebagai Menteri Pengangkutan, beliau harus mengambil sikap proaktif dan bukan sikap berat sebelah. Pandangan pekerja kami juga harus diambil kira.
Membuat kenyataan berbeza dari hari ke hari akan menyebabkan kekeliruan dan menimbul tanda tanya lagi menegangkan keadaan dalam isu pembuangan 6,000 pekerja
Beliau seharusnya menyelesaikan masalah dengan segera dan bukan membuat kenyataan kenyataan yang mengarut yang juga boleh menimbulkan kemarahan pekerja pekerja di MAS.
TAMAT
Ismail Nasarudd
in
Presiden

No comments:

Post a Comment