Tuesday, June 2, 2015

MALAYSIA:::Nufam hits out at MAS for axing crew on maternity leave / Pekerja MAS cuti bersalin juga diberhentikan, dakwa Nufam

The National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam) has accused Malaysia Airlines (MAS) of worker discrimination in its ongoing restructuring exercise which includes the culling of some 6,000 jobs.
Nufam president Ismail Nasaruddin said the management was being heartless by axing female cabin crew members who were on maternity leave.
The airline began sending out termination letters to some 20,000 staff yesterday, but will offer re-employment to some 14,000 staff.

He said this was an insensitive move to employees who served the airline for many years.
He added that the job cuts had badly affected some employees, especially single parents or couples where both spouses worked for the airline
"This is an injustice. They have completely disregarded the future of these workers and have not given them a chance to continue working,"
source:::http://www.themalaysianinsider.com


Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mendakwa Malaysia Airlines (MAS) mendiskriminasi kakitangannya menerusi langkah pemberhentian kerja di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu, hingga terdapat kru yang sedang cuti bersalin turut ditamatkan perkhidmatannya.
Langkah tersebut dianggap tidak berperikemanusiaan dan mengabaikan kebajikan pekerja yang bertahun-tahun berkhidmat dengan MAS, kata presiden Nufam, Ismail Nasaruddin, mengulas nasib wanita yang menerima surat pemberhentian kerja daripada syarikat itu semalam.
"MAS malah menamatkan perkhidmatan kru wanita yang sedang cuti bersalin dan meminta mereka menghabiskan cuti mereka, walaupun mengetahui mereka sedang cuti bersalin," katanya pada satu sidang media di Subang hari ini.
Ismail mempersoalkan keadilan yang dijanjikan MAS sebelum ini kepada pekerja yang diberhentikan.
"Ini suatu ketidakadilan. Mereka langsung tidak mempertimbangkan tentang masa depan dan memberi peluang kepada krew untuk terus bekerja," katanya.
Sementara itu, eksekutif sekretariat Nufam, Shona Marcus, yang mewakili kru wanita MAS, menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat membimbangkan.
"Mengapa mereka tidak membuat pertimbangan yang wajar?" soalnya. 
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin mendedahkan kes di mana ibu tunggal diberhentikan, begitu juga pasangan suami isteri yang kedua-duanya pekerja MAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 2 Jun, 2015.

No comments:

Post a Comment