Wednesday, July 22, 2015

MALAYSIA:::Pikom unjurkan purata gaji bulanan naik 7.4% tahun ini

Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) mengunjurkan kenaikan sebanyak 7.4% kepada RM8,278 daripada RM7,706 tahun lepas ke atas purata gaji bulanan untuk profesional ICT tahun ini.
Pengerusinya, Cheah Kok Hoong, berkata persatuan itu juga menjangka purata gaji bulanan mereka akan berkembang sebanyak 7.6% pada 2016 dengan penstabilan ekonomi global.
Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan akan kekal kukuh, didorong oleh penggiatkan proses pendigitalan dalam projek transformasi, projek koridor intensif modal, pelaburan dan produk ICT serta perkhidmatan urus niaga, katanya.
"Kami percaya sektor ICT akan terus menjadi pasaran pekerjaan utama di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Cheah kepada pemberita selepas melancarkan Pikom ICT Job Market Outlook 2015 di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Pikom, Woon Tai Hai, berkata profesional ICT dalam bidang sains dan teknologi, aeroangkasa serta sektor bioteknologi akan menerima angka gaji yang lebih tinggi, diikuti oleh sektor minyak dan gas.
"Walaupun terdapat peningkatan dalam purata gaji, bekalan graduan baharu dalam ICT terus merosot. Lebih kurang 56% daripada majikan mencatatkan kesukaran untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai," katanya.
Kebanyakan majikan gagal atau tidak berjaya memperoleh ICT dengan bidang yang diperlukan, tambah Woon. – Bernama, 21 Julai, 2015.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com
Pengerusi Pikom, Cheah Kok Hoong, berkata persatuan itu juga menjangka purata gaji bulanan mereka akan berkembang sebanyak 7.6% pada 2016 dengan penstabilan ekonomi global. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Julai, 2015.
Pengerusi Pikom, Cheah Kok Hoong, berkata persatuan itu juga menjangka purata gaji bulanan mereka akan berkembang sebanyak 7.6% pada 2016 dengan penstabilan ekonomi global.

No comments:

Post a Comment