Saturday, September 26, 2015

MALAYSIA:::Kesatuan sekerja penting untuk kejayaan syarikat

Profesor Dr Balakrishnan Parasuraman dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melancarkan buku kajiannya bertajuk ‘Employee Participation in Malaysia: Theory and Practices’ buat julung kalinya di Sabah.
Balakrishnan berkata, buku yang dilancarkan itu adalah sebahagian daripada tesis yang dilakukannya ketika di Universiti Wollongog Australia dan kemudian diterbitkan oleh UMK Press.
“Buku ini adalah berkenaan peranan kesatuan pekerja dan majikan serta proses pembuat keputusan yang mana terdapat tiga kajian kes dilakukan, iaitu dua kes berkenaan kesatuan sekerja dan satu kes berkenaan tiada kesatuan.

“Kesemua maklumat data empirikal ini dikumpul dan apa yang berlaku ialah salah satu syarikat terpaksa ditutup ketika berlakunya krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 hingga hampir tahun 2,000,” katanya ketika ditemui media dalam program perkongsian ilmu sempena Pesta Buku, di 1Borneo kelmarin.
Bercakap mengenai kajian terbabit, satu daripada syarikat industri automotif (pembuat kereta) yang dikaji tanpa mempunyai kesatuan sekerja itu telah ditutup kerana tiada perbincangan antara majikan dan pekerja
Justeru, Balakrishnan menegaskan kesatuan antara majikan dan pekerja penting dalam sesebuah pertubuhan syarikat agar golongan itu dapat membuat keputusan segara demi meningkatkan produktiviti syarikat.
Jelasnya, sebarang polisi atau perubahan yang dilakukan dalam sesebuah syarikat adalah perlu melibatkan pekerja.
“Sama ada kesatuan atau tidak kesatuan, itu tidak penting tetapi perlu ada kerjasama dan perkongsian.
“Melihat situasi di Sabah, saya fikir banyak perkara yang perlu dibuat di Sabah memandangkan ramai belia muda yang akan menganggur kerana tiada pekerjaan.
“Dan ini adalah salah satu, mengapa kita membawa isu gaji minimum agar menarik perharian mereka ke pasaran buruh,” jelasnya.
Tambahnya adalah amat menyedihkan, gaji yang dipersetujui itu akhirnya diberikan kepada pekerja asing dan pekerja asing menikmati gaji terbabit.
“Tetapi tidak mengapa kerana mereka (pekerja asing) juga datang untuk berkerja dan mereka sebenarnya menyumbang kepada tenaga kerja,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, timbul persoalan dalam senario sebenar mengapa Sabah dan Sarawak termasuk Semenanjung tidak mahu menuju ke pasaran buruh terbabit.
“Saya berharap, buku ini akan berguna kepada semua pengamal industri dan pada tahun lalu buku ini juga telah dilancarkan di Kuching (Sarawak) malah sebanyak 100 buku telah ditempah di Sabah,” katanya.
Dalam pada itu, Balakrishnan telah membentangkan kajiannya di banyak persidangan antarabangsa dan juga tempatan.
Selain berkhidmat di UMK sebagai professor di Pengurusan sumber manusia dan hubungan industri, beliau juga bekerja dengan kerajaan Sabah dan juga kementerian sumber manusia.
Beliau juga telah menerbitkan lebih 200 kertas kerja termasuk, jurnal, buku, dan laporan penyelidikan teknikal.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Persatuan Sekerja Sabah, Jexicon Muhamin yang turut menyempurnakan pelancaran buku terbabit.
sumber:::http://www.theborneopost.com






No comments:

Post a Comment