Thursday, February 25, 2016

MALAYSIA::NUBE:::21st ANNIVERSARY OF OSHA AND SOME BANKS ARE YET TO FULLY COMPLY.

Are you ready to wage WAR against those who are defying safety for workers! That’s the opening remark of the General Secretary Bro. J. Solomon to 26 participants attending a one day OSH seminar on 23 February 2016.
He expressed his concern of the many incidents, accidents and occupational illnesses in the workplace of certain banks who have compromised safety and health for profits.
The Occupational Safety and Health Act (OSHA) was enacted on 25 February 1994 by the Duli Yang Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong with the advice and consent of the Dewan Negara and Dewan Rakyat in Parliament.
Despite 21 years it is sad to see that there are significant number of employers who are not securing safety, health & welfare of persons at work.

He said members have the right to refuse to perform unsafe work as they are protected under OSH ACT 1994 Section 27 where employers cannot discriminate workers for complaining or submitting grievances for unsafe work and unsafe place.
Participants acknowledged having little understanding on OSH and its effects during their group presentation. The participants are grateful to NUBE as they are now able to identify the hazards and will raise it with their respective managers and report to NUBE.
Participants were told to be more vigilant and be serious regarding safety and health otherwise it will have serious implications on their livelihood and family members. Again members were advised to snap pictures of any unsafe work and unsafe act as evidences and lodge grievance/report to their respective NUBE Branch Committees for immediate action.
Bro. Tan, President and Chairman of NUBE OSH in his closing address reiterated Bro. Solomon’s remark “Are you ready to wage WAR on those who are against OSHA”. OSHA is mandatory for employers and workers to ensure the safety, health and welfare of persons at work.
He advised clerical/non clerical staffs not to perform work that are not related to their scope such as climbing up a table or ladder to change bulbs and others which requires competent person. Branch managers/executives are to stop such exploitation which breaches OSHA.
Bro. Michael said the recent 1% increase in union subscription is also meant to invest among others to the increased cost in education and training, one of it is the OSH seminars neglected by some banks. He said NUBE has scheduled two 4 days intensive workshop on OSHA in PD in April and October 2016 and participants will be selected from their past active participation.
ULANGTAHUN OSHA YANG KE-21 DAN MASIH ADA BEBERAPA BANK YANG BELUM MEMATUHI SEPENUHNYA
Adakah anda telah bersedia untuk melancarkan perang terhadap mereka yang ingkar untuk menjamin keselamatan untuk pekerja! Itulah kata-kata pembukaan daripada Setiausaha Agong Sdr. J. Solomon kepada 26 peserta yang menghadiri seminar OSH satu hari pada 23 Februari 2016.
Beliau telah melahirkan kebimbangan beliau daripada banyak insiden, kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja bank tertentu yang telah menjejaskan keselamatan dan kesihatan demi mencari keuntungan semata-mata.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) telah digubal pada 25 Februari 1994 oleh Duli Yang Mulia Seri Paduka Yang diPertuan Agong atas nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang telah bersidang dalam Parlimen.
Walaupun 21 tahun telah berlalu ianya adalah amat sedih melihat bahawa masih terdapat sejumlah besar majikan yang tidak menjamin keselamatan, kesihatan & kebajikan para pekerja.
Beliau berkata ahli-ahli berhak untuk menolak untuk melaksanakan kerja yang tidak selamat kerana mereka dilindungi di bawah AKTA keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 Seksyen 27 di mana majikan tidak boleh mendiskriminasi pekerja untuk mengadu atau mengemukakan rasa tidak puas hati terhadap kerja-kerja yang tidak selamat dan tempat kerja yang tidak selamat.
Para Peserta mengakui mereka kurang pemahaman berkaitan dengan OSHA dan juga berkenaan kesannya semasa pembentangan kumpulan dalam bengkel. Para peserta amat berterima kasih kepada NUBE kerana mereka kini dapat mengenal pasti bahaya dan akan memaklumkan perkara ini kepada pengurus bank masing-masing dan juga akan melaporkan kepada NUBE.
Para peserta telah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mengambil tahu dengan lebih serius berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan jika tidak implikasinya adalah sangat serius terhadap kehidupan ahli-ahli dan keluarga mereka. Sekali lagi ahli dinasihatkan untuk mengambil gambar apa-apa jenis pekerjaan tidak selamat dan tingkah laku yang tidak selamat sebagai bahan bukti dan membuat aduan / laporan kepada NUBE Cawangan berdekatan masing-masing untuk tindakan segera.
Sdr. Tan, Presiden dan Pengerusi OSHA NUBE dalam ucapan penutup, beliau telah mengulangi kata-kata Setiausaha Agong Sdr Solomon " Adakah anda bersedia untuk melancarkan perang terhadap mereka yang ingkar untuk menjamin keselamatan untuk para pekerja! Beliau juga menyatakan dimana OSHA adalah wajib bagi majikan dan para pekerja bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan bagi para pekerja.
Beliau menasihatkan kakitangan ketegori perkeranian / bukan perkeranian untuk tidak melaksanakan kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan bidang mereka seperti memanjat meja atau tangga untuk menukar mentol dan lain-lain yang memerlukan orang yang kompeten. Pengurus Cawangan / eksekutif adalah diminta untuk menghentikan apa-apa eksploitasi yang melanggar OSHA.
Sdr. Michael Tan juga menyatakan peningkatan yuran bulanan 1% baru-baru ini dalam yuran bulanan kesatuan juga adalah bertujuan untuk melabur antara lain kos yang pendidkan dan latihan yang telah meningkat, salah satu daripadanya adalah seminar OSHA yang diabaikan oleh beberapa bank. Beliau berkata NUBE juga telah menjadualkan dua Seminar bengkel intensif 4 hari OSHA yang akan diadakan di Pusat latihan NUBE PD pada bulan April dan Oktober 2016 dan peserta yang akan dipilih adalah daripada ahli-ahli yang aktif dalam seminar-seminar yang lalu.

No comments:

Post a Comment