Friday, September 9, 2016

MALAYSIA:::EPF records RM8.44b income for Q2 2016

 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan pendapatan pelaburan suku tahunan sebanyak RM8.44 bilion bagi suku kedua (Q2 2016) berakhir 30 Jun, 2016, penurunan tahun ke tahun sebanyak 26.04 peratus berbanding RM11.41 bilion pada suku kedua 2015.
Aset pelaburan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.76 peratus atau RM5.17 bilion, kepada RM689.69 bilion berbanding RM684.52 bilion pada 31 Dis, 2015.

Sejak akhir tahun lepas, KWSP telah membuat persediaan bagi mengharungi persekitaran ekonomi domestik dan global yang mencabar," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, dalam satu kenyataan bagi mengumumkan prestasi pelaburan suku kedua 2016, di sini hari ini.
Ketidaktentuan itu diburukkan lagi oleh perkembangan seperti Brexit dan harga komoditi yang rendah, katanya. 
"Kami telah melihat dan menjangkakan kelembapan selanjutnya dalam ekonomi global dan turun naik yang ketara dalam ekuiti. Pasaran menyaksikan penilaian yang lebih rendah dalam harga saham, terutama dalam sektor kewangan serta minyak dan gas, berbanding suku yang sama tahun lepas, kata Shahril Ridza.
Menggunakan langkah berhemat mengikut piawaian perakaunan antarabangsa IFRS 139, dana simpanan persaraan utama Malaysia itu memperakui kekurangan bukan tunai berjumlah RM3.15 bilion dalam pelaburan ekuiti yang disenaraikan dalam tempoh suku tahun berkenaan, yang menunjukkan harga ekuiti yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Pada asas kasar, pendapatan pelaburan suku tahun pada suku kedua 2016 berjumlah RM12.07 bilion, atau RM233.95 juta lebih tinggi berbanding RM11.83 bilion yang dicatatkan pada suku kedua 2015.
Bagaimanapun, sebagai dana berhemat, kami terus memperakui kerugian pasaran dalam penyata pendapatan dan pada masa yang sama mencatatkan keuntungan pada kunci kira-kira kami.
"Ini akan memastikan kunci kira-kira kami kekal sihat dan membolehkan kami untuk memanfaatkan sebarang pemulihan dalam pasaran. Kekurangan dalam nilai pasaran semasa akan memberi peluang kepada kami untuk merealisasikan keuntungan pada masa depan," kata Shahril Ridza. 
Pada suku kedua 2016, ekuiti yang mewakili 40.94 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menyumbang RM3.83 bilion, mewakili 45.37 peratus daripada jumlah pendapatan pada suku tersebut.
Ini merupakan 45.03 peratus lebih rendah daripada RM6.97 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2015.
Bagaimanapun, pendapatan kasar sebelum kekurangan daripada ekuiti tersenarai berjumlah RM7.46 bilion adalah lebih tinggi sedikit berbanding RM7.39 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Sehingga Jun 2016, sebanyak 51.61 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap yang terus memberikan impak pendapatan yang konsisten dan stabil kepada sederhana ekoran penurunan tahun ke tahun dalam pasaran ekuiti.
Suku kedua menyaksikan pelaburan pendapatan tetap mencatatkan pendapatan sebanyak RM4.07 bilion, bersamaan dengan 48.27 peratus daripada pendapatan suku tahun.
Pendapatan daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) & Bersamaan pada suku kdua 2016 meningkat 9.48 peratus atau RM169.45 juta kepada RM1.96 berbanding RM1.79 bilion pada Q2 2015.
Sementara itu, Pinjaman dan Bon menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM2.12 bilion, berbanding RM2.02 bilion pada suku kedua 2015.
Pelaburan dalam instrumen pasaran wang dan hartanah serta infrastruktur masing-masing mencatatkan 3.87 peratus dan 3.59 peratus daripada jumlah aset pelaburan, dan menyumbang pendapatan pelaburan sebanyak RM239.32 juta dan RM294.83 juta pada suku kedua 2016.
"Kami terus berhati-hati dalam unjuran kami, dan terus menjangkakan ketidaktentuan global ekoran unjuran pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih rendah untuk 2016 dan 2017 oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan unjuran lemah dalam ekonomi membangun dan pesat membangun susulan pemilihan presiden Amerika Syarikat dan risiko berkaitan Brexit yang masih belum berakhir.
Shahril Ridza berkata persekitaran kadar faedah yang rendah disebabkan oleh penurunan kadar faedah oleh bank pusat bagi merangsang ekonomi dijangka kekal untuk seketika dan akan memberi cabaran memandangkan lebih separuh daripada pelaburannya adalah dalam instrumen pendapatan tetap.
Pengurangan kadar faedah dalam negara baru-baru ini juga akan menjejaskan pendapatan jangka panjang ke atas pendapatan daripada instrument domestik," katanya.
"Bagaimanapun, kami terus memberi tumpuan kepada objektif pelaburan jangka panjang bagi menjaga dan meningkatkan nilai simpanan ahli," katanya.

Beliau berkata ia akan dilakukan dengan menyasarkan dividen sebenar untuk sekurang-kurangnya dua peratus mengatasi inflasi yang dikira dalam tempoh tiga tahun.

The Employees Provident Fund (EPF) has reported a quarterly investment income of RM8.44 billion for the second quarter (Q2 2016) ending June 30, 2016, a year-on-year decline of 26.04 percent from RM11.41 billion in Q2 2015.
Investment assets recorded an increase of 0.76 percent, or RM5.17 billion, to RM689.69 billion from RM684.52 billion as at Dec 31, 2015.

“Since late last year, EPF has been preparing itself for a challenging global and domestic environment,” said chief executive officer Shahril Ridza Ridzuan in a statement to announce the fund's Q2 2016 investment performance in Kuala Lumpur today.
The uncertainty was made worse by developments such as Brexit and continued low commodity prices, he added.
“We have seen and expect a further slowdown in global economies and increased volatility in equities. Markets saw lower valuations in share prices, particularly in the financial and oil and gas sectors, compared to the same quarter last year,” said Shahril Ridza.
Adopting prudent measures under the international accounting standards IFRS 139, Malaysia’s premier retirement savings fund has recognised non-cash impairments amounting to RM3.58 billion on its listed equity investments during the quarter under review, reflecting lower equity prices from a year ago.
On a gross basis, the quarterly investment income in Q2 2016 was RM12.07 billion, which was RM233.95 million higher compared with RM11.83 billion recorded in Q2 2015.
“However, as a prudent fund, we continue to recognise mark-to-market losses on our income statement while leaving gains on our balance sheet.
“This will ensure that our balance sheet remains healthy and allows us to take advantage of any market recovery. Impairments to present market values will allow us the opportunity to realise gains in the future,” said Shahril Ridza.
In Q2 2016, equities, which made up 40.94 percent of the EPF’s total investment assets, contributed RM3.83 billion, representing 45.37 percent of the total income in the quarter.
This was 45.03 percent lower from RM6.97 billion recorded in the corresponding period in 2015.
However, gross income before impairment from listed equities was RM7.46 billion, marginally higher than RM7.39 billion during the same period last year.
51.61pct of investment assets were in fixed income instruments
As at June 2016, a total of 51.61 percent of EPF’s investment assets were in fixed income instruments which continued to provide consistent and stable income to moderate the impact by the year-on-year decline in the equities market.
For the second quarter, fixed income investments recorded an income of RM4.07 billion, equivalent to 48.27 percent of the quarterly income.
Income from Malaysian Government Securities (MGS) & Equivalent in Q2 2016 increased 9.48 percent, or RM169.45 million, to RM1.96 from RM1.79 billion in Q2 2015.
Loans and Bonds, meanwhile, generated an investment income of RM2.12 billion, compared with RM2.02 billion in Q2 2015.
Investments in money market instruments and real estates and infrastructure each represented 3.87 percent and 3.59 percent of the total investment assets and contributed investment income of RM239.32 million and RM294.83 million respectively in Q2 2016.
“We remain cautious in our outlook as we anticipate global uncertainties to continue following the lowered forecasts on 2016 and 2017 global growth by the International Monetary Fund (IMF), and the subdued outlook in emerging and developing economies with the upcoming US presidential elections and further risks associated with Brexit that have yet to unfold,” Shahril Ridza said.
He said the low interest rate environment caused by central bank rate cuts to spur the economy is expected to stay for a while and will pose a challenge as more than half of the EPF’s investments are in fixed income instruments.

“The recent reduction in domestic interest rates will also affect our long-term income on domestic instruments.
“Nonetheless, we remain focused on our long-term investment objectives of preserving and enhancing the value of our members’ savings,” he said.
He added this will be done by targeting a real dividend of at least two percent above inflation calculated over a three-year rolling period.
Bernama
source:::https://www.malaysiakini.comhttps://www.malaysiakini.com
Image result for kwsp

No comments:

Post a Comment