Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta
Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah penambahbaikan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd.
Muttalib]:
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Langat, saya hendak ucapkan selamat datang kepada Kepimpinan UMNO Cawangan Kedua dan juga KRT Taman Maran Damai, Maran Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,
semua atas galeri ini Maran? Kiri dan kanan?
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd.
Muttalib]: Terima kasih, setia kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses untuk meminda Akta Perhubungan Perusahaan
DR. 8.11.2016 13
1967, bukan 1969 Yang Berhormat. APP 1967 berdasarkan kepada keperluan Labour Consistency Plan dengan izin, di dalam Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dengan izin.
Di antara langkah-langkah yang diambil terhadap pindaan yang dilakukan ialah penghapusan sekatan terhadap perkara-perkara yang boleh dimasukkan ke dalam cadangan perjanjian kolektif. Ini merujuk kepada seksyen 13(3) Akta Perhubungan Perusahaan yang akan dipinda dengan memadam atau memansuhkan semua sekatan ke atas kesatuan sekerja semasa ’perundingan’ collective.
Langkah seterusnya adalah berkenaan liberalisasi ke
atas syarat-syarat perwakilan termasuk proses rundingan damai di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Prosiding di Mahkamah Perusahaan.
■1040
Pihak-pihak yang mempertikai dibenarkan untuk memilih perwakilan yang mereka kehendaki semasa proses rundingan damai dan pendengaran kes ataupun
hearing, dengan izin di Mahkamah Perusahaan tetapi tertakluk kepada kelayakan minimum yang akan ditentukan kelak.
Ketiga ialah penghapusan hukuman penjara bagi kesalahan mogok haram illegal strike, dengan izin yang dijalankan secara aman, peaceful strike. Dengan merujuk kepada seksyen 46, seksyen 47 dan seksyen 48 juga akan dimansuhkan namun hukuman denda boleh dikenakan.
Tuan Yang di-Pertua, langkah seterusnya ialah pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1997. Ini adalah dengan menyemak semula senarai Perkhidmatan Perlu
Essential Services di mana Jadual Pertama APP 1967, kita ada beberapa senarai Perkhidmatan Perlu ini, disemak semula agar selari dengan standard antarabangsa seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selanjutnya ialah kuasa budi bicara
administrative discretion dengan izin dalam penyelesaian pertikaian kepada Menteri Sumber Manusia dan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan akan dimansuhkan.
Buat masa sekarang, Menteri mempunyai kuasa budi bicara untuk merujuk sesuatu pertikaian perusahaan ke Mahkamah Perusahaan atas usul sendiri di bawah subseksyen 26(2).
Manakala Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan diberi kuasa untuk memaksa pihak-pihak yang mempertikai untuk hadir ke Mesyuarat Rundingan Damai di bawah seksyen 19(2). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Merenung dan mendengar penjelasan Timbalan Menteri beberapa perkara yang disinggungkan untuk dibuat pindaan.
Namun yang saya lihat 20.3 di bawah Akta Perusahaan seksyen kuasa Menteri itu dengan Ketua Pengarah itu dimansuhkan.
Untuk yang lain saya tidak nampak pun di antaranya ialah seksyen 30,
DR. 8.11.2016 14
tempoh ataupun 24 bulan yang diberikan atas pampasan.
Seksyen 20 yang memberikan 60 hari atas kelayakan untuk mereka memfailkan kes dan juga di bawah kelayakan seksyen 9 pengiktirafan.
Ini memberikan satu syarat bahawa beberapa seksyen dalam Akta Perusahaan itu perlu diadakan anjakan paradigma untuk kita melihat ke depan untuk memastikan bila mana berlakunya satu perubahan itu akan bersekali dengan kedudukan ataupun hak pekerja itu dipelihara.
Soalan saya, apakah rancangan kerajaan diambil untuk memastikan pindaan itu berlaku?
Dalam masa yang sama berlaku kemungkinan TPPA itu tidak dapat terlaksana.
Bagaimana dengan cadangan pindaan-pindaan itu, kedudukan pindaan itu?
Jadi mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebenarnya kita serius, kementerian serius dalam melihat cadangan untuk meminda perkara-perkara yang perlu dalam Akta Perubahan Perusahaan ini. Bagi kita memastikan supaya faedah kepada kesatuankesatuan sekerja dan pekerja-pekerja dapat kita tentukan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kepada TPPA, TPPA ini telah pun ditandatangani oleh Malaysia bersama 11 lagi buah negara yang lain pada 14 Februari yang lepas tahun 2016.
TPPA akan dikuatkuasakan mulai 4 Februari 2018.
Antara isu-isu perburuhan yang perlu ditangani oleh Malaysia ialah yang pertama, meminda lapan undang-undang buruh iaitu Akta Perhubungan Perusahaan 1967 seperti mana sebahagian yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat kena berikan kepercayaan kepada kerajaan, kepada kita. Yang Berhormat adalah salah seorang daripada stakeholders yang ada dalam committee ini.
Jadi Yang Berhormat juga berperanan sebagai wakil MTC tetapi belum jadi Presiden lagi makna belum tahu.
Jadi saya yakin penuh dengan adanya stakeholders yang terlibat dalam jawatankuasa yang membincangkan hal ini saya kira akta-akta ini, pindaan-pindaan ini akan kita lakukan.
Antara lain ialah Akta Kesatuan Sekerja 1999, Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak, Akta Pekerjaan Kanak-kanak dan Orang Muda, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1960, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981. Jika TPPA tidak jadi dilaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan TPPA masih akan diteruskan berserta pindaan-pindaan lain secara holistik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih beri saya ruang. Saya juga ingin bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Yang Berhormat Kuala
Langat tahniah, baru dapat Dato’ itu. Tahniah Yang Berhormat Kuala Langat. Saya
DR. 8.11.2016 15
ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang seksyen 20 di mana kalau mengikut seksyen sekarang tentang pampasan pekerjaan yang berbunyi,
“Pekerja yang tidak
dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak atau perjanjian bersama.
Mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan
diterima.”
Persoalannya bila dikatakan budi bicara majikan untuk membayar kepada pekerja biasanya budi bicara itu tidak menjadi budi yang akan memuaskan hati pekerja.
Ini kerana tidak dilindungi sama sekali, mereka tidak akan mendapat bayaran budi bicara itu. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian,
apakah sekatan 24 bulan ini yang boleh dibudi bicarakan sendiri oleh pihak Menteri halangannya akan dilihat secara teliti?
Ini kerana apabila pekerja ini telah dibuang kerja jumlah masa dia tidak bekerja lebih lama daripada 24 bulan.
Adakah perintah akan diberikan supaya diambil kira mereka mendapat pampasan lebih pada 24 bulan?
Sekian terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada konsep tripartite dalam pekerjaan kita iaitu majikan, pekerja dan juga kerajaan.
Jadi sebab itulah kita menetapkan supaya majikan dan pekerja, majikan mestilah mengambil hati ataupun menggunakan budi bicara kepada pekerja mereka.
Majikan harus ingat tanpa pekerja mereka kita tidak boleh kita panggil majikan.
Segala keuntungan dan faedah yang diperoleh oleh majikan adalah hasil daripada kerjasama ataupun sokongan daripada pekerja.
Oleh sebab itu andai kata pertikaian berlaku antara kedua jadi kita akan tampil ke depan. Kerajaan atau kementerian melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan akan tampil ke depan untuk membantu.
Oleh sebab itulah tentang-tentang bayaran-bayaran lain sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang mengetahui dan kita ada peraturanperaturan yang perlu kita selesaikan.
Berhubung dengan had gaji ke belakang. Kementerian berpendapat had gaji ke belakang yang diletakkan di dalam Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1960 iaitu 24 bulan gaji bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatan dan 12 bulan gaji bagi pekerja dalam tempoh percubaan.
Masih lagi relevan dan perlu dilaksanakan. Sebenarnya negara lain lebih kecil daripada kita dan kita adalah negara yang memberikan faedah yang cukup besar kepada pekerja.
Yang Berhormat berikan kepercayaan kepada kita dan insya-Allah kita akan perjuangkan nasib pekerja pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment