Friday, November 25, 2016

Isu pekerja Perwaja Steel: Mahkamah batalkan keputusan menteri

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan menteri sumber manusia untuk merujuk penamatan pekerjaan ke atas 895 kakitangan Perwaja Steel Sdn Bhd ke Mahkamah Perusahaan.
Dalam permohonan semakan semula keh
akiman yang dibawa Perwaja Steel, Hakim Datuk Hanipah Farikullah memutuskan kes itu tidak boleh didengari oleh Mahkamah Perusahaan kerana tidak ada kemungkinan untuk kakitangan terbabit diterima semula untuk bekerja di syarikat itu.
Tegas Hakim Hanipah, ini kerana, kilang syarikat itu di Kemaman yang menamatkan perkhidmatan pekerja terbabit telah menamatkan operasinya pada bulan November 2014.
Bagaimanapun, jelas beliau, para pekerja boleh mengenengahkan perkara tersebut melalui kaedah lain, tetapi bukan melalui Mahkamah Perusahaan.
"Menteri tidak mengambil kira bahawa tidak ada kemungkinan pekerja terbabit akan mendapat semula pekerjaan mereka.
"Pada pendapat saya, para pekerja telah mendapat nasihat yang salah mengenai isu prosedur. Oleh itu, permohonan ini dibenarkan," katanya.
Bagaimanapun, hakim memerintahkan tiada sebarang kos terhadap responden.
Dengan membenarkan permohonan itu, Mahkamah Perusahaan kini dilarang daripada mendengar kes itu.
Mahkamah penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 80 bekas pekerja yang terkesan. 
Dilaporkan, seramai 1,500 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan pada bulan November 2014 dan pihak syarikat masih berhutang sehingga empat bulan gaji kepada mereka.
Pekerja dimaklumkan kegawatan kewangan Perwaja
Para pekerja, buat pertama kalinya, dimaklumkan pada bulan Jun 2014 bahawa syarikat mengalami kegawatan kewangan dan akan menjalankan penyusunan semula operasinya.
Seramai 895 pekerja membuat 46 representasi kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot kemudian merujuk perkara itu ke Mahkamah Perusahaan pada Oktober 2015 .

No comments:

Post a Comment