Thursday, November 3, 2016

Pemberhentian 75,819 pekerja mungkin jadi beban masyarakat

: Persatuan pekerja dan majikan melahirkan kebimbangan berhubung pemberhentian 75,819 pekerja sejak 2015.
Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Halim menyifatkan jumlah itu adalah kritikal dan pihaknya kini sedang merangka dan membuat dasar bagi menyelamatkan mereka.
“Kita membuat kerangka dan dasar menyelamatkan mereka yang terlibat ini. Beberapa langkah perlu diambil, jangan biar begitu sahaja,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang mendedahkan seramai 75,819 pekerja diberhentikan sejak 2015.
Ismail berkata, kontak pekerjaan ditamatkan dalam 2 cara – penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan atau melalui skim pemberhentian secara sukarela (VSS)
Sementara itu, Pengerusi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan turut bersetuju yang jumlah itu merupakan suatu perkara membimbangkan.
“Kerana kalau mereka tidak diberikan peluang bekerja dan tidak diambil bekerja, mereka mungkin menjadi bebanan kepada masyarakat,” katanya.
Menurut Shamsuddin, pihaknya melihat 2 sektor pemberhentian paling besar adalah perbankan dan perkilangan.
Beliau berkata, pekerja daripada sektor perbankan paling banyak diberhentikan kerana berlakunya pemodenan dalam sektor terbabit yang digelar teknologi kewangan.
“Itu adalah sebab utama kenapa bank perlu distruktur dan memberhentian sesetengah pekerja. Dan sudah tentu bagi sektor perkilangan, isunya adalah permintaan yang lemah dalam pasaran eksport serta pasaran tempatan.
“Pasaran eksport tidak stabil dan pasaran tempatan secara asasnya orang ramai amat berhati-hati dalam mengeluarkan belanja,” katanya.
Shamsuddin dalam masa yang sama turut memberikan 3 sebab mengapa pekerja terbabit diberhentikan iaitu keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan, permintaan (kepada sumber) turun dan kos operasi yang tinggi.
Abdullah-Sani-Abdul-Halim-mtuc
MTUC sedang merangka dan membuat dasar bagi menyelamatkan pekerja yang terlibat dalam pemberhentian oleh majikan

sumber:::http://www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment