http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chua-hanya-pentingkan-golongan-atasan-kata-mtuc/
KUALA LUMPUR, 24 Jan—Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu
kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana
mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan
sebelum ini.
Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut
menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap
bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.
“MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.
“Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja
yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan,”
kata Abdul Halim.
Abdul Halim menyifatkan tindakan Chua yang memberikan kata putus
kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramanian bukan
mengejutkan dan menasihatkan presiden MCA tersebut untuk bertemu dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan perkara yang
dibangkitkannya itu.
“MTUC menggesa Putrajaya tidak berpatah balik dengan keputusan mereka sebelum ini.
“Dr Chua wajar bertemu dengan Perdana Menteri memandangkan Rang Gaji
Minimum telah diluluskan dalam mesyuarat Menteri Kabinet yang juga
diwakili oleh MCA,” tambah beliau lagi.
Sebelum ini MCA memberi amaran kepada Subramaniam supaya
menyelesaikan segera isu dasar gaji minimum sebelum perayaan Tahun Baru
Cina pada 10 Februari ini bagi mengelak kekeliruan dan kerugian ke atas
majikan.
Chua berkata, jika Subramaniam gagal mengemukakan penyelesaian
terbaik terhadap isu berkaitan dasar itu sehingga tarikh tersebut, MCA
akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang
menerima kesan akibat kelewatan berkenaan.
Menurutnya, sokongan itu turut diberi kepada majikan dan pengusaha
terbabit sekiranya ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi
membantah kelewatan tersebut.
Pelaksanaan gaji minimum, yang berkuat kuasa pada 1 Januari,
menetapkan gaji perlu dibayar secara minimum kepada pekerja sebanyak
RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
sengal la mca nie?...nk sokong lg ker?
ReplyDelete