Thursday, January 24, 2013

mStar Online : Tiga Bekas Juruterbang MAS Gagal Dalam Rayuan Berhubung Pemecatan Konstruktif

mStar Online : Tiga Bekas Juruterbang MAS Gagal Dalam Rayuan Berhubung Pemecatan Konstruktif

PUTRAJAYA: Tiga bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) gagal dalam rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Perusahaan bahawa penurunan pangkat mereka kerana salah laku, adalah adil.
Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Wahab Patailhari ini sebulat suara menolak rayuan Samsudin Zainol Abidin, 58, Azlan ZainalAbidin, 56, dan Ahmad Kamil Shahperi Shahibi, 53.
Panel hakim itu, yang juga terdiri daripada Datuk Balia Yusof Wahi dan DatukTengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiganya membayar RM5,000 sebagai kosguaman kepada MAS.
Ketiga-tiga bekas juruterbang MAS itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang tidak membenarkan tuntutan mereka bagi pengembalian kedudukan jawatan kerana mereka mendakwa dipecat secara konstruktif oleh MAS.
Pada 21 Mei, 2010, Mahkamah Perusahaan menetapkan bahawa mereka gagal membuktikan mereka dipecat secara konstruktif oleh syarikat itu.
Pengerusinya, Eddie Yeo Soon Chye juga memutuskan hukuman penurunan pangkatbagi tempoh minimum dua tahun oleh panel siasatan MAS, dijalankan secara adil keatas mereka.
Pada 2 Julai 2010, mereka memfailkan permohonan semakan semula kehakiman diMahkamah Tinggi menamakan MAS dan Mahkamah Perusahaan sebagai responden.
Mereka menyertai MAS antara 1975 dan 1979 dan jawatan terakhir disandang sebagai kapten juruterbang bagi pesawat B747-400, dengan gaji terakhir dalam lebihan RM27,000.
Ketiga-tiganya mendakwa mereka menerima surat bertarikh 8 Dis, 2004 daripada MAS menyatakan mereka terbabit dalam penubuhan Asmara Air Services Sdn Bhd, tanpa kebenaran syarikat terlebih dahulu, yang bersamaan dengan salah laku.
Mereka kemudian menulis surat bertarikh 14 Dis, 2004 kepada syarikat, menafikan dakwaan itu. Bagaimanapun, siasatan dalaman diadakan dan mereka didapati bersalah kerana salah laku.
MAS mengeluarkan perintah hukuman ke atas mereka, dengan menurunkan pangkat daripada kapten juruterbang kepada pangkat pembantu juruterbang bagi pesawat yang sama tetapi gaji mereka kekal sama.
Ketiga-tiganya, dalam surat yang dihantar kepada MAS bertarikh 28 Mac, 2006, menganggap mereka dipecat secara onstruktif.
Pada 16 Jun, 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman mereka dan mengekalkan keputusan Mahkamah Perusahaan.
MAS diwakili Datuk T. Thavalingam Thavarajah manakala Subitra Ravindran mewakili ketiga-tiganya yang kini juruterbang di syarikat berbeza. BERNAMA

No comments:

Post a Comment