Nube anjur piket kebangsaan di KL
Sebahagian daripada ahli Nube yang menyertai piket kebangsaan di ibu negara.
KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) hari ini melancarkan piket - "Piket Daulat 6413" - secara besar-besaran dalam menunjukkan bantahan berhubung siri pertikaian melibatkan kepentingan pekerja-pekerja industri perbankan.

Piket bermula kira-kira jam 2 petang dengan ahli-ahli Nube membanjiri Dataran Mayban di Jalan Tun Perak sebelum mereka berarak ke ibu pejabat bangunan CIMB.

Para peserta piket memegang sepanduk dan kain rentang yang mengecam ketidakadilan ke atas kebajikan pekerja bank-bank. http://www.sinarharian.com.my



15,000 orang keatas, ahli yang hadir ke Piket Daulat 6413 dan bukannya 3,000 orang ahli sahaja, dakwa pihak media

Sabtu, 04 April 2013 – NUBE pada hari ini mencipta sejarah baru kesatuan pekerja di Malaysia dalam abad ini setelah berjaya menganjurkan PIKET DAULAT 6413 menentang 3 bank GLC (Goverment Link Company) iaitu CIMB, Maybank dan Muamaalat setelah berlakunya penindasan dan kezaliman oleh pihak majikan bank ini terhadap pekerjanya bawahan perpendapatan rendah. Semua ahli yanh hadir turun berpiket beramai – ramai di dua lokasi iaitu Menara Maybank berhampiran Pudu Raya dan CIMB Jalan Tun Perak berdekatan Dataran Merdeka.
Namun, yang dikesali adalah laporan yang disiar dibeberapa media online menyebutkan kehadiran ahli – ahli NUBE adalah lingkungan 3000 orang sahaja bahkan kehadirannya dijangkakan melebihi 15,000 orang ahli yang hadir pada hari ini dalam sejarah kesatuan sekerja di Malaysia.
Satu angka yang besar tetapi diselindungi daripada orang awam merupakan dakwaan tidak wajar  sedangkan bilangnya adalah sememangnya begitu ramai. Jika dilihat hari ini di tempat piket laluan iaitu di Jalan Tun Perak menuju ke Menara Maybank penuh sesak dengan para pemiket berbaju merah yang hampir menutup laluan berkenaan. Maka tidak dinafikan pihak Polis Diraja Malaysia amat sibuk mengawal lalulintas hinggakan sukar bagi mereka mengawal lalulintas sedangkan para pemiket sedang merayakan pesta dijalan raya.
Sungguh indah kelihatan sepanjang Jalan Tun Perak menuju ke Menara Maybank belasan ribu ahli – ahli NUBE menunjukkan perjuangan mereka kepada pihak bank terbabit sebagai isyarat kebangkitan warga pekerja bank takkala parlimen Malaysia telahpun dibubarkan.
Laporan GGIT untuk Berita NUBE