Wednesday, June 26, 2013

TPPA tidak realistik untuk Malaysia, kata DPMM

Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian besar kerana negara ini masih lagi mempunyai perusahaan kecil dan sederhana (SME) kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM). Datuk Syed Ali Mohamed Alattas (gambar) bagaimanapun berkata Malaysia masih boleh mempertimbangkan perjanjian tersebut sekiranya sudah mencapai status negara maju.

"Satu-satunya perkara yang paling penting kita mesti sedar maruah negara kita, bangsa kita, saya khuatir ini penjajahan baru.

"Kita sudah ada perjanjian dengan negara-negara lain. Jangan kita terperangkap dengan agenda luar, kita perlu ada agenda kita," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DPMM di sini.


ITUC launches petition to halt TPP trade negotiations

Send a message to your Trade Minister - Show us the text! click link >> sign PETITION http://act.equaltimes.org/tpp

"Masanya jauh lagi untuk Malaysia, kita masih lagi di tahap transformasi," katanya, dan
 menambah DPMM akan membawa isu tersebut ke sesi meja bulat berhubung perjanjian TPPA anjuran dewan berkenaan pada 6 Julai depan.

TPPA menerima kritikan banyak pihak termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan tidak mendedahkan secara terperinci butiran perjanjian tersebut.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata PR tidak menolak TPPA secara terus sebaliknya beberapa aspek perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.

"Saya tahu ada pandangan keras dalam perkara ini tapi dalam PAS, PKR, DAP, kita pada prinsipnya tidak menolak sebarang bentuk perjanjian, tetapi peruntukan yang membebankan rakyat atau mengalih kuasa negara kepada negara kaya," katanya.

PR, jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi mengambil sikap lebih terbuka, dan sedar akan kebergantungan Malaysia terhadap Pelaburan Langsung Asing (FDI), dan tindakan menolak pelaksanaan TPPA juga jelasnya bukanlah satu tindakan wajar.

"Kita ambil sikap lebih objektif, ada hujah kuat pasal TPPA ini kerana Malaysia tidak seperti negara lain, banyak bergantung kepada FDI ... menolak sama sekali juga tidak wajar, tetapi membebankan syarikat juga tidak wajar," kata Ketua Umum PKR itu lagi.

Beliau kemudiannya turut berkata panel PR perlu berbincang dan meneliti keperluan pindaan dalan rundingan, agar perjanjian TPPA itu tidak menjejaskan negara.

PR sebelum ini juga menggesa agar sebuah Jawatankusa khas Pilihan Parlimen (PSC) diwujudkan untuk perjanjian berkenaan ekoran masih wujud rasa tidak berpuas hati  kerana perjanjian itu jelas mereka tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.

Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, bersama dengan Azrul Azwar Tajuddin dari Institut rakyat berkata PSC mengenai TPPA itu perlu ditubuhkan segera.

Mereka turut membangkitkan rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan mereka adalah analisa Kos-Faedah (CBA) pada TPPA, Kawalan Kewangan dan Kebebasan, dan Kos Kesihatan.

Mereka turut menyatakan kebimbangan masa yang semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada Julai 2013 dan pernyataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013. - 25 Jun, 2013

copy from :: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment