Thursday, July 18, 2013

Mekanisme KSM Pastikan Tiada Diskriminasi Tangga Gaji Pekerja Tempatan, Asing


..KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan tiada diskriminasi dalam kadar tangga gaji pekerja asing dan pekerja tempatan melalui mekanisme dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Menterinya Datuk Richard Riot Anak Jaem berkata mekanisme ini adalah mengikut undang-undang sedia ada yang memberi perlindungan dan menjaga kebajikan pekerja tempatan dan pekerja asing daripada sebarang diskriminasi.
"Mekanisme ini terdiri daripada langkah seperti penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), penguatkuasaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 9Akta 732) dan tapisan permohonan pekerja asing oleh majikan," katanya.

Tambahnya, aduan berhubung diskriminasi ini akan disiasat mengikut Seksyen 60L Akta Kerja 1955 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
"Selain penyiasatan aduan, JTK turut menjalankan aktiviti pemeriksaan berkanun secara berkala bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta bagi mengesan dan pencegahan awal penyelewengan undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan daripada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang meminta KSM menyatakan apakah mekanisme pihak kerajaan bagi memastikan tidak permasalah itu lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan majikan mematuhi arahan yang ditetapkan melalui undang-undang ini adalah suatu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi  RM10, 000

No comments:

Post a Comment