Sunday, July 21, 2013

TM sedia manfaat lebih baik

TM
TM
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menandatangani Perjanjian Bersama (CA) kesembilan bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (Nute) yang meliputi penambahbaikan pelbagai terma dan syarat perkhidmatan, bagi petugas bukan eksekutif di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Petugas bukan eksekutif kini menyumbang 60 peratus daripada tenaga kerja TM seramai kira-kira 17,000 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, tujuan utama perjanjian bersama itu ialah untuk keselamatan dan kebajikan pekerja.

“Perjanjian bersama ini juga bertujuan meningkatkan aktiviti pekerja dan produktiviti dan prestasi TM,” katanya selepas majlis pemeteraian itu.



Selain menandatangani CA dengan Nute, TM turut memeterai CA yang sama dengan anak-anak syarikat TM iaitu Telekom Sales & Services Sdn Bhd, TM R&D Sdn Bhd, TM Info-Media Sdn Bhd dan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Mengikuti CA itu, TM dan NUute bersetuju ke atas tiga terma utama iaitu umur persaraan 60 tahun, pelarasan gaji tahunan dan penambahbaikan artikel berkaitan tatatertib.

No comments:

Post a Comment