Friday, November 15, 2013

MALAYSIA:::Kesatuan sekerja bantah tender sewa alat dingin


Tindakan ini adalah satu kejutan dan tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan KTMB di bawah pimpinan Presiden Datuk Elias Kadir.
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPKTMB) membantah keputusan KTMB untuk membuka tender penyewaan alat dingin koc serta penyeliaannya kepada syarikat luar.
Dalam satu siaran media Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya turut mendapat maklumat terdapat sebuah syarikat berkepakaran dalam alat penghawa dingin perumahan dan pejabat yang mempunyai hubungan dengan seseorang berkemungkinan akan diberi tender.
“Perlu disedari bahawa alat penghawa dingin KTMB tidak sama dengan alat penghawa dingin pejabat atau perumahan. Kepakaran yang ada hanya terdapat melalui kepakaran dalam KTMB sahaja.

“Tindakan sedemikian sangat-sangat mencurigakan serta menimbulkan kemarahan pihak kesatuan,” kata beliau.
Tambahnya lagi, tindakan ini adalah satu kejutan dan tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan KTMB di bawah pimpinan Presiden Datuk Elias Kadir.
Sambil menyifatkan tindakan ini sebagai menutup periuk nasi pekerja KTMB sendiri, Abdul Razak turut mengingatkan pihak pengurusan KTMB bahawa mereka mempunyai tenaga pekerja mahir dan berpengalaman luas dalam menyelia alat penghawa dingin koc.
“Malah, satu pasukan telah pun wujud di Bengkel Batu Gajah untuk membaik pulih mana-mana kerosakan penghawa dingin serta penyelian. Kebanyakkan depo telah mempunyai pekerja yang berkemahiran untuk menyelia alat penghawa dingin,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, pekerja tidak boleh disalahkan sekiranya teerdapat kelemahan pada penghawa dingin KTMB.
“Punca segala masalah sekiranya wujud ialah kerana alat ganti yang tidak menepati piawaian serta alat ganti yang caca-merba. Malah pembekalan alat ganti juga tidak disediakan mengikut jadual yang dikehendaki,” tambahnya lagi.
Sambil menuntut campurtangan segera dari Kementerian Kewangan, Abdul Razak turut menegaskan yang persatuannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perusahaan ataupun mogok sekiranya Elias tidak menarik balik tender berkenaan.
“Sekiranya gagal, maka pihak kesatuan akan mengambil tindakan perusahaan. Pihak kesatuan tidak sesekali berkompromi dengan satu cadangan bodoh dalam sejarah KTMB,” ujar beliau.
 Presiden::: Abdul Razak Md Hassan

No comments:

Post a Comment