Saturday, January 25, 2014

MALAYSIA:::Gaji minima RM900 belum dilaksana


Ramai pekerja masih dibayar gaji RR600 sahaja dan juga tidak mempunyai cuti bagi mereka untuk sambut majlis keluarga, perayaan sendiri.
PETALING JAYA: Gaji minima RM900 kepada pekerja-pekerja kilang dan  industri masih belum dilaksanakan oleh banyak  syarikat, kata Presiden Pertubuhan Progresif Tamilar Malaysia M.A. Kalaimugilan.
Beliau berkata, kerajaan sudah pun menetapkan gaji minima kadar masa untuk berkerja supaya menjaga nasib dan kebajikan pekerja, tetapi ada yang banyak syarikat/ pemilik yang keras kepala masih enggan mengamalkan.

“Ini adalah satu tindakan yang diktator,  di mana ramai pekerja  dari kawasan hulu telah mengongsikan perasaan sedih dan kecewa dengan ahli-ahli kami.
“Ramai pekerja masih dibayar gaji RR600 sahaja dan juga tidak mempunyai cuti bagi mereka untuk sambut majlis keluarga , perayaan sendiri,”  kata kalaimugilan .
Kalaimugilan juga kecewa dan hairan  dengan tindakan syarikat yang tidak mementingkan kebajikan.
Kami mahu pihak kerajaan perlu tumpukan perhatian dalam isu ini, kata beliau.
Pertubuhan itu  juga sedang menjalankan satu kajian dan analisis ke atas tersebut.
“Kami juga akan menyampaikkan satu laporan untuk perhatian kerajaan,”  kata Kalaimugilan.

No comments:

Post a Comment